Sebelum kita hasilkan apa-apa produk, terlebih dahulu kita perlu tahu kepada siapa kita ciptakan produk ni. Dalam erti kata lain, anda perlu kenal siapa pelanggan anda.
Antara soalan yang kita perlu tanya kepada diri sendiri ialah,
Produk yang dihasilkan ni diciptakan untuk siapa?
Adakah anda betul kenal siapa pelanggan anda?
Atau anda hanya assume sahaja berkenaan siapa pelanggan anda?
Terlebih dahulu, anda perlu kenal dulu siapa pelanggan anda. Jika anda kenal siapa pelanggan anda, maka makin mudah untuk anda menjual kepada mereka.
Apa yang anda perlu tahu; anda tidak mungkin dapat jual produk kepada semua orang. Apabila anda kenal siapa pelanggan anda, makin mudah untuk anda buat marketing kepada mereka untuk langkah seterusnya.
Jadi macam mana untuk kenali pelanggan anda?
Table of Contents
Kenal Siapa Pelanggan Anda Melalui Buyer Persona
Apa itu buyer persona?
Mungkin ramai yang masih belum tahu berkenaan buyer persona. Buyer persona atau customer persona bermaksud watak ideal bakal pelanggan anda. Selalunya, watak ini bukan sekadar tekaan. Tapi ianya berdasarkan market research dan data dari pelanggan yang terdahulu.
Buyer persona sangat penting supaya anda dapat memahami perangai bakal pelanggan anda serta membuatkan mereka rasa ‘dekat’ dengan promosi yang anda buat.
Dengan memerhatikan trend, perangai serta persamaan target audience anda; iklan yang dihasilkan boleh membuatkan bakal pelanggan rasa mereka perlu menggunakan produk yang anda jual.
Jadi, anda dah nampak kan apa kepentingan mempunyai buyer persona bagi bisnes anda.
Cara untuk buat iklan yang baik
Iklan yang baik adalah iklan yang mampu membuatkan bakal pelanggan rasa mereka perlu mendapatkan produk anda.
Selain itu, iklan yang baik perlu menekankan masalah yang mereka mampu selesaikan supaya bakal pelanggan perlu membeli produk mereka.
Andainya anda tidak dapat membuatkan pelanggan berada dekat dan relate iklan anda, itu bermaksud anda telah buatkan pelanggan hilang kepercayaan dan minat terhadap apa yang anda cuba tawarkan.
Justeru, amat penting untuk anda hasilkan first impression yang baik supaya anda dapat tarik bakal pelanggan.
Apa kepentingan buyer persona?
Buyer persona sangat penting supaya kita dapat cari jalan penyelesaian untuk membantu bakal pelanggan kita. Tanpa buyer persona, kita tidak tahu content apa yang patut kita hasilkan untuk menarik bakal pelanggan.
Dalam menghasilkan buyer persona, anda perlu tahu berkenaan siapa yang perlu kita tarik untuk membeli produk yang dijual.
Kadangkala, terdapat beberapa buyer persona bagi sesuatu produk yang dihasilkan. Dari situ, anda dapat buat content kepada kedua-dua buyer persona supaya mereka dapat relate dengan apa yang anda jual.
Sebagai contoh, anda menjual pakaian renang wanita.
Target audience anda ialah seorang perempuan. Namun, anda boleh hasilkan buyer persona lelaki yang mungkin berminat untuk belikan pakaian renang wanita buat anak perempuannya.
Dari sini, anda dapat dua jenis buyer persona yang perlu anda personalize berdasarkan siapa diri mereka dan apa keperluan mereka membeli produk anda.
Semakin anda dapat membuatkan mereka relate dengan apa yang anda jual, semakin bertambah kebarangkalian untuk mereka membeli produk anda.
Cara Untuk Hasilkan Buyer Persona
Untuk menghasilkan buyer persona, memang memerlukan masa, kesabaran dan strategi. Jadi, anda perlu tanya diri anda terlebih dahulu berkenaan siapa yang akan berminat dengan produk yang anda jual.
Antara soalan yang anda perlu tahu berkenaan pelanggan anda ialah:
- apa pekerjaan mereka
- pekerjaan dalam industri apa
- kerja sebagai apa
- tahap pendidikan mereka
- dimana mereka tinggal
- masalah yang mereka hadapi setiap hari
- apa yang membuatkan mereka cari solusi bagi permasalahan mereka
- soalan yang mungkin mereka akan tanyakan kepada wakil jualan
Ini cuma soalan asas yang perlu dijawab untuk mengetahui siapa bakal pelanggan.
Antara cara lain bagi mendapatkan info berkenaan buyer persona ialah dengan menyelidik pelanggan terdahulu.
Anda boleh dapatkan sebanyak mungkin info pelanggan semasa mereka membuat pembelian dari anda. Dengan cara ini, anda perlu analisis semua siapa pelanggan anda serta kenapa mereka membeli produk anda.
Selidik Statistik Website Anda
Di samping itu, anda boleh juga menggunakan website untuk menyelidik siapa sebenarnya bakal pelanggan anda.
Dengan adanya teknologi pada masa kini, anda dapat melihat pada website analytic berkenaan siapa yang datang ke website anda.
Dari situ, anda dapat lihat dari mana sebenarnya mereka datang yang membuatkan mereka masuk ke website anda. Anda juga boleh tahu bila mereka melawat website anda serta berapa lama mereka berapa di page tertentu.
Penting ke semua ni?
Penting. Data is key. Semakin banyak data yang ada dapat berkenaan audience anda, semakin mudah untuk anda menghasilkan buyer persona dan menghubungkaitkan minat mereka.
Di samping itu, anda juga boleh gunakan sistem pengurusan ejen The Boss Asia yang turut dapat menyimpan maklumat pelanggan. Dari situ, anda dapat melihat siapa pelanggan yang telah membeli produk anda.
Sistem ini bukan sahaja dapat menyimpan data pelanggan, ia juga mampu menguruskan komisyen ejen dan dropship bagi memudahkan anda. Jadi, ini adalah investment yang berbaloi bagi memudahkan pengurusan bisnes anda.
Jika anda mempunyai ejen dan dropship, anda juga boleh bertanyakan mereka berkenaan soalan yang selalu pelanggan tanya kepada mereka.
Dari situ, anda boleh melakukan penambahbaikan bagi produk atau servis yang anda sediakan. Anda juga dapat melakukan survey dengan meminta para ejen dan dropship untuk berikan link survey kepada pelanggan.
Dengan cara ini, anda dapat lihat apa yang pelanggan harapkan dari produk anda.
Kesimpulan
Dalam bisnes, tiada istilah terlalu banyak info dan data. Kerana info dan data yang anda dapat adalah sesuata yang sangat berguna jika diaplikasikan kena pada tempatnya.
Oleh itu, sebelum anda merancang untuk menjual sesuatu; pastikan anda tahu dahulu siapa sebenarnya bakal pelanggan anda serta apa yang mereka harapkan dari anda.
Selamat mencuba!