Muzil – Alpha Grab Driver

S1 0:00  INTRO

Hai, Assalamualaikum. 

Nama saya Muzil. Kami daripada Grab Authorised Alpha Driver.

Okey, di mana tugas kami adalah untuk membantu proses pendaftaran Pemandu Grab baru bagi kawasan Lembah Klang, Selangor dan juga Johor Bharu.

S1 0:20  BAGAIMANA KENAL DEZEEK MEDIA  

Okey, bagaimana saya kenal dengan Dezeek Media ini actually, saya pun tak kenal before this. Cuma Dezeek Media ini direkomenkan oleh salah seorang pakar SEO dekat Malaysia, Tuan Azham Zainal. Okey, dia yang rekomen saya untuk mendapatkan servis daripada pihak Dezeek Media. 

S1 0:42  SEBAB MEMILIH DEZEEK MEDIA  

Okey, dua sebab mengapa saya memilih Dezeek Media. Okey yang pertama lah antara yang paling orang kata kuat punya faktor adalah disebabkan Dezeek Media direkomen oleh En. Azham Zainal sendiri, iaitu pakar SEO Malaysia kita.

Okey, yang kedua, Dezeek Media ini merupakan Certified Google Partner dekat Malaysia. Okey, sebab kita tahu banyak yang claimed ‘sifu-sifu’ dekat Malaysia ini.

Tapi macam mana hari ini kita nak memilih satu kompeni yang betul-betul boleh membantu kita punya masalah, dengan adanya Certificate Google Partner berkenaan.

S1 1:34  BAGAIMANA BERMULA DAHULU

Okey, bermula dulu tahun 2016, so peringkat awal dulu saya, kita orang lah, kita orang menggunakan platform pengiklanan menggunakan FB Ads. So masa itu yalah kita nak beritahu dekat penduduk-penduduk sekitar KL ini kan, maksudnya kita menawarkan servis macam mana kami ini boleh bantu mereka untuk membuat proses pendaftaran sebagai Pemandu Grab dengan lebih mudah.

Okey, so selama dua tahun lah dalam 2016 hingga 2018 itu memang 100% kita menggunakan platform marketing FB Ads, tapi dalam awal tahun 2019 itu, di mana kami dah mula mempelajari bagaimana kita nak menggunakan platform pengiklanan menggunakan carian Google Search Engine.

Okey, sebab semua sedia maklum sebab Google Search Engine ini merupakan, orang cakap apa, pusat tumpuan lah kalau kita nak cari apa-apa pun memang semua orang akan pergi Google dulu compare dengan Facebook.

Okey, so peringkat awal, antara cabaran lah saya nak memulakan pengiklanan melalui Google Ads ini yang pertama sekali kita perlu ada website lah. Itu semua orang tahu.

Okey, dan pada peringkat awal, dari segi menggunakan pengiklanan Google Ads ini, okey macam kami ini tak ada kepakaran pun dalam bidang tersebut okey, so memang 100% orang cakap belajar buat website pun dekat Youtube, belajar setting Google Ads pun dekat Youtube.

Tapi, macam biasa lah, kalau kita belajar dekat Youtube ini kan ilmu ini sikit, ini sikit, ini sikit, bila campur, bila kita buat iklan itu memang jadi, tak ada masalah, memang berjaya untuk letakkan saya punya website itu dekat first, top first carian engine, tapi apa yang saya nampak dekat sini saya tak dapat mengoptimakan kos yang saya keluarkan dengan jumlah prospek yang kami terima. Okey. 

S1 4:13  SEBELUM DAN SELEPAS

Okey, antara perbezaan sebelum dengan selepas saya mendapatkan khidmat daripada Dezeek Media ini, yang pertama sekali dari segi website saya punya performance lah, kalau sebelum ini yang saya nampak saya punya website itu dari segi loading time dia Ya Allah, memang lama.

So, kalau hari ini, sebelum ini, yang saya perasan kalau bila saya klik sahaja saya punya link website itu, nak load semua gambar itu lebih kurang hampir satu minit pun ada saya rasa.

Okey, tapi alhamdulillah lah dengan servis yang ditawarkan oleh pihak Dezeek, di mana website saya mencapai tahap optimum lah dia punya kadar speed.

Okey, dari segi yang kedua saya nampak dari segi website performance saya dari segi dia punya mobile trendy tu, sebab semua sedia maklum, sebab ini ada 3 kategori device yang prospek saya akan search melalui search engine yang pertama desktop, kedua tablet dan ketiga adalah mobile.

Okey? So apa yang saya nampak sebelum ini benda yang saya sendiri pun tak perasan sebenarnya kalau kita search dekat Facebook, okey view dia macam ni, kalau dekat tablet, view dia dah macam ni, dan kalau dekat mobile view dia dah lain. Betul?

Okey, so after Dezeek Media perbetulkan balik kesilapan-kesilapan yang ada pada website saya, alhamdulillah lah saya nampak dari segi improvement visitor itu makin bertambah. Okey, dan yang ketiga saya nampak dari segi readibility dia pun, skor pun dah makin baik. Okey, itu yang dari segi website saya lah yang saya nampak.

Okey, dari segi Google Ads itu, yang ini bagi saya, sangat-sangat ketara lah dia punya perbezaan. So kalau anda semua nak tahu, sebelum ini saya pernah spend lah, lebih kurang RM 2,000 kos iklan sehari, okey. Di mana saya dah belanjakan lebih kurang RM 60,000 sebulan untuk mendapatkan certain prospect.

So, katalah saya sebelum ini, dengan kos RM 60,000 saya berjaya mendapatkan lebih kurang 400 driver lah, dekat sekitar Lembah Klang, tapi once bila saya menggunakan servis yg ditawarkan oleh pihak Dezeek Media, saya berjaya improvekan kos pengiklanan saya. Kalau sebelum ini RM 60,000, tapi alhamdulillah, untuk saya dapat jumlah yang sama 400 itu, saya hanya spend dalam RM 30,000 sahaja sebulan.

Okey, dan yang paling best, yang ini yang ketiga yang saya cakap tadi itu, SEO, optimization okey, di mana hari ini kita ada waktu-waktu yang tertentu yang kita mungkin tak perlu untuk jalankan Google Ads.

S1 7:53  PENGALAMAN GUNA SERVIS GOOGLE ADS

Okey, sepanjang saya menggunakan khidmat daripada pihak Dezeek Media, especially daripada  En. Adlan sendiri lah, so walaupun sebelum ini saya tak pernah kenal pun dengan dia, tapi bagi saya untuk bekerjasama dengan beliau ini sangat-sangat okey lah.

So macam saya sendiri pun saya tak suka yang formal atau meeting, so saya lebih suka dengan gaya yang daripada En. Adlan ini lah.

Boleh lepak kedai mamak, boleh discuss pasal kita punya planning apa semua. Dan yang paling menarik sekali, En. Adlan ini dia orang yang sedia mendengar.

So, sharing lah macam mana sebab kalau apa-apa masalah pun, senang lah macam contoh ada apa-apa yang tak faham, atau ada apa-apa yang saya rasa macam oh, tak cukup power lagi, saya boleh direct by call sahaja dengan En. Adlan.

So tak perlu lah nak emel atau nak taip karangan panjang-panjang. Itu antara yang saya suka dengan En. Adlan. Dan yang paling best hari ini, apa yang saya nampak daripada servis yang ditawarkan En. Adlan, andaikata kalau anda tak berpuas hati dengan anda punya servis yang ditawarkan, just pergi terus terang sahaja beritahu dengan En. Adlan, “En. Adlan, yang ini tak cukup power“. Okey, so takkan ada apa-apa charge yang dikenakan kepada anda, untuk memuaskan hati pelanggan dia. 

S1 9:37  SERVIS SEO

Okey, antara yang paling menarik ini, servis yang ketiga, yang saya dapatkan dekat Dezeek Media ini di mana website saya dah disetupkan dengan SEO, so maksudnya bukan sentiasa saya perlu buat pengiklanan secara berbayar kepada pihak Google, kita ambil contoh macam PKP lah.

So sepanjang tempoh PKP ini, apa yang menariknya saya langsung tak menjalankan, tak on saya punya Google Ads, tapi 100% saya punya website diiklankan oleh SEO. So maksudnya dekat sini, walaupun kita tak perlu bayar kepada Google, tapi prospek tu kita still terima, hasil daripada carian SEO dekat sini. 

S1 10:31  REKOMEN 

Okey firstly, bagi saya lah kalau kepada peniaga-peniaga yang menggunakan platform pengiklanan secara online ini, saya amat-amat rekomen lah untuk mendapatkan servis daripada pihak Dezeek Media sendiri sebab ape tahu, sebab macam saya sendiri saya beritahu saya banyak belajar dekat Youtube, okey tapi sebenarnya saya dah merugikan satu, masa saya lah.

Terus terang cakap lah saya dah rugi saya punya masa sebab saya memang tak ada basic langsung tentang pengiklanan di Google Ads ini apa semua, untuk buat website apa semua so akhirnya saya terpaksa spend berjam-jam dan berhari-hari untuk buat website, set up ads, sedangkan saya tak dapat betul-betul dia punya impact, dia punya kuasa pengiklanan di Google Ads ini.

So bagi saya, kepada anda yang baru mulakan perniagaan, okey, amat-amat direkomen lah.Dapatkanlah servis daripada pihak Dezeek Media sebab bagi saya kos untuk set up satu website yang ditawar pun harga yang agak-agak, amat-amat berpatutan lah kalau compare dengan kompeni-kompeni yang lain. Okey.

And then yang kedua, dari segi teknik dan kaedah skil yang ada pada En. Adlan untuk set upads itu saya betul-betul salute lah sebab saya tahu En. Adlan dia ada kepakaran dari segi untuk analisis competitor saya, so secara tak langsung dia nampak mana ruang-ruang yang dia boleh bantu dari segi  mengoptimakan saya punya pengiklanan tersebut.

Okey. Dan servis yang ketiga ini, memang kira power lah bagi saya sebab ape sebab dia punya impact dari segi setup iklan, sorry, setup SEO yang dibuat oleh En. Adlan ini saya nampak perbezaan dia dalam masa lebih kurang 3 bulan.

So bagi saya macam dahsyat sikit lah sebab normally kalau based apa yang saya belajar dekat Youtube, kalau kita nak setup sesuatu website nak optimakan kita punya SEO, normally akan mengambil masa 6 bulan hingga ke 1 tahun. Tapi dengan En. Adlan ini saya tak tahu lah apa skil yang dia ada ini, dia boleh memendekkan untuk kita nampak result SEO tersebut.

So, itu saja perkongsian daripada saya, Sekian, terima kasih.

Scroll to Top