Categories
Berita

Facebook akan memperkenalkan Facebook Shops & Instagram Shops

Baru-baru ini pengasas Facebook telah mengumumkan mengenai Facebook Shops dan Instagram Shops.

Mungkin bagi sesetengah bisnes yang menggunakan FB dah biasa guna fungsi catalog dalam FB page.

Kini pihak FB ingin membantu lebih ramai business owner untuk menghadapi cabaran dalam masa pandemic Covid19 dengan memudahkan untuk memiliki kedai online masing-masing, menerusi platform FB dan IG sahaja.

Antara fungsi yang akan diperkenalkan adalah:

  • integrasi antara Facebook, Instagram & WhatsApp
  • gerbang bayaran (payment gateway) – samada Libra atau Paypal
  • Live shopping – ala GoShop
  • program loyalty
  • integrasi dengan 3rd party seperti WooCommerce, Shopify etc.

Sumber: Facebook About

Saya pun ada beberapa pendapat berkenaan perkara ini.

1. Secara berperingkat

Kesemua fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Bermula dengan pasaran di Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum diperkenalkan di Malaysia. Boleh makan masa berbulan sebelum kita dapat guna.

Contoh fungsi Instagram Shopping, hanya akaun IG yang tertentu saja dapat guna. Akaun IG baru nak up kalau tak link dengan FB Business Manager pun tak dapat.

2. Adakah akan kacau market E-commerce website?

Seperti mana ramai peniaga yang menjual menggunakan platform marketplace seperti Lazada dan Shopee selama ini, market e-commerce masih relevan dan demand makin meningkat apabila orang tak boleh keluar rumah sesuka hati sepanjang PKP.

Website sendiri mempunyai lebih banyak fleksibiliti dalam menjual produk. Kalau guna platform seperti FB/IG Shops ini mungkin terhad dari segi template atau info yang boleh dimasukkan.

3. Option pembayaran

Majoriti rakyat Malaysia kini semakin celik IT. Tapi masih ramai yang perlu membuat bayaran secara offline / CDM / COD dimana proses upload resit/screenshot. Kalau fungsi FPX dengan bank tempatan disediakan sekali adalah lebih baik.

4. Yuran transaksi

Tiada yang percuma di dunia ini. Paling tidak, FB pasti akan mengenakan caj transaksi sekitar 2-3% jika pelanggan checkout dengan platform mereka.

5. Hanya salah satu saluran untuk pemasaran

Don’t put all eggs in one basket. Itulah perumpamaannya. Jangan harap kepada platform satu ni saja. Jika berlaku server down, maka anda tak boleh buat sale langsung.

6. Persaingan

Tak semestinya anda seorang saja ada FB Shops yang canggih. Di sini akan berlaku persaingan. Maka disitu anda perlu menggunakan dan membayar untuk FB Ads supaya anda mampu tarik trafik ke FB Shops anda.

Apa pendapat anda?