Ramai guru bisnes ajar cara untuk scale, berkembang, dan buat iklan besar. Tapi, sebagai usahawan baru, masalah paling besar bukan itu. Masalahnya ialah macam mana nak dapat pelanggan pertama?
Mentor saya selalu beri nasihat: “Jangan fikir nak jadi unicorn dulu. Fikir macam mana nak dapat 5 pelanggan pertama.”
Itu asas yang kukuh. Jika anda masih sifar, jangan bimbang. Ikuti 10 langkah praktikal dan mudah ini untuk mula dapatkan pelanggan pertama anda tanpa stres.
Artikel ini sangat sesuai jika anda baru mula berjinak dalam dunia freelance dan ingin jana pendapatan sendiri.
Table of Contents
10 Langkah Strategik Dapatkan 5 Pelanggan Pertama
Langkah 1: Bangunkan Senarai ‘Leads’ Percuma
Anda kata tak ada leads? Sebenarnya, anda sudah punya banyak. Jangan overlook:
- Senarai 1: Semua kenalan dalam email (sesiapa sahaja yang anda pernah hantar atau terima email).
- Senarai 2: Semua rakan dan followers di media sosial yang boleh di-DM.
- Senarai 3: Semua nombor dalam contact telefon.
Campurkan semua senarai ini. Anda pasti terkejut dengan jumlahnya!
Langkah 2: Fokus Pada Satu Platform Utama
Jangan cuba untuk beraksi di semua platform serentak. Ia akan membuatkan anda cepat penat. Analisis senarai tadi:
- Di mana paling ramai kenalan anda? WhatsApp? Instagram? Facebook?
- Pilih satu platform itu dan fokuskan usaha di sana dahulu.
Langkah 3: Personalize Setiap Mesej
Jangan jadi robot yang hanya hantar mesej copy-paste. Sebelum hantar DM, luangkan masa:
- Tengok profile mereka.
- Cari titik cerita untuk memulakan perbualan.
- Contoh: “Eh, tahniah bro dah pindah rumah baru! Macam mana area tu?” atau “Wah, dah ada anak kedua! Tahniah ye!”
Ini menunjukkan anda benar-benar peduli, bukan sekadar nak jual.
Langkah 4: Target Reach Out 100 Orang Sehari
Bunyi seperti jumlah yang banyak, tetapi percayalah, ianya boleh dilakukan. Kunci nya ialah:
- Konsistensi lebih penting dari kesempurnaan.
- Mesej pertama memang janggal, tetapi mesej kedua dan seterusnya akan jadi lebih lancar.
- Jangan takut untuk diabaikan. Ia sebahagian daripada proses.
Langkah 5: Panaskan Perbualan dengan Formula ACA
Gunakan teknik ACA (Acknowledge, Compliment, Ask) yang diajar oleh mentor saya untuk buka perbualan:
- Acknowledge (Akui): Akui sesuatu tentang mereka.
- Compliment (Puji): Berikan pujian ikhlas.
- Ask (Tanya): Kemukakan soalan berkaitan.
Contoh ACA:
“Nampak awak ada 2 orang anak ya (Acknowledge). Hebatlah boleh uruskan kerja dan keluarga sekali (Compliment). Macam mana awak cari masa untuk kekal sihat? (Ask)”
Langkah 6: Minta Rujukan, Jangan Jual Terus
Kesilapan besar: terus menjual kepada rakan dan keluarga. Mereka sudah tahu perniagaan anda. Jika mereka mahu, mereka sudah membeli.
Tugas anda adalah meminta bantuan untuk dapatkan rujukan, bukan memaksa mereka membeli.
Cara betul: “By the way, ada tak kenalan awak yang mungkin tengah struggle dengan [masalah yang produk anda selesaikan]? Saya sedang buka slot percuma untuk bantu beberapa orang.”
Langkah 7: Tawarkan Perkhidmatan Percuma (Dengan Syarat)
Untuk pelanggan pertama, tawarkan perkhidmatan secara PERCUMA, tetapi dengan tiga syarat:
- Mereka perlu gunakan perkhidmatan tersebut dengan serius.
- Mereka perlu berikan feedback yang jujur.
- Mereka perlu tinggalkan review atau testimoni jika berpuas hati.
Mengapa percuma? Anda sedang membangunkan portfolio, testimoni, dan pengalaman. Nilai yang anda peroleh lebih besar daripada bayaran.
Langkah 8: Ulangi Kitaran
Selepas pusingan pertama, kembali kepada senarai asal anda. Ada kenalan yang mungkin menolak dahulu tetapi boleh jadi berminat kali ini setelah melihat testimoni dan perkembangan anda.
Langkah 9: Mula Caj Secara Berperingkat
Setelah ada beberapa testimoni, anda sudah boleh mula mengecas. Lakukan secara berperingkat untuk kekalkan keyakinan anda dan pelanggan.
Contoh Laluan Harga:
- Fasa 1: Percuma (untuk 3-5 orang pertama) – dapatkan testimoni.
- Fasa 2: Diskaun 80% (contoh: RM200 dari RM1000) – untuk 5 orang seterusnya.
- Fasa 3: Diskaun 60% (RM400) – tambah lagi bukti kejayaan.
- Fasa 4: Diskaun 40% (RM600) – naikkan keyakinan.
- Fasa 5: Harga Penuh (RM1000) – anda sudah terbukti berkredibiliti.
Setiap kenaikan harga disokong oleh lebih banyak bukti dan pengalaman.
Langkah 10: Kekalkan Hubungan (Follow-up)
Jangan hilang setelah jualan selesai. Kekalkan hubungan seperti manusia biasa:
- Kongsikan tip bernilai.
- Tunjukkan hasil kerja dengan pelanggan lain.
- Ini membina kepercayaan dan membuatkan orang lain yang melihat akan datang kepada anda sendiri.
Kesimpulan
Mendapatkan pelanggan pertama bukan tentang modal besar atau iklan rumit. Ia tentang keberanian untuk memulakan perbualan dan memberikan nilai terlebih dahulu.
Seperti kata mentor saya: “Kalau kau fikir untuk cepat kaya, kau akan cepat penat. Tapi kalau kau fikir nak bina bisnes untuk jangka panjang, duit akan datang secara berterusan.”
P.S. Nak mula dapatkan 5 pelanggan pertama anda? Buka telefon anda → lihat senarai kenalan → pilih seorang → dan hantar mesej sekarang juga!
Keyword Focus: dapatkan pelanggan pertama, usahawan baru, cara dapat pelanggan, bisnes pertama, marketing tanpa iklan, tips bisnes kecil, mula bisnes dari sifar.
Leave a Reply