Panduan Lengkap Untuk Tingkatkan Views dan Followers di TikTok (2024)

TikTok merupakan sebuah aplikasi media sosial yang cukup berpengaruh abad ini. Penggunanya terdiri daripada pelbagai peringkat usia, baik dari sekecil-kecil anak sehinggalah seusia warga emas. Aplikasi ini juga memberi tanggapan berbeza bagi mereka yang menggunakannya.

Setelah memulakan akaun Tiktok saya pada tahun 2019, saya telah mencuba pelbagai teknik untuk menambah bilangan views.

Namun, tahukah anda bahawa aplikasi ini mampu memberi lebih banyak kelebihan terutamanya dalam bidang pemasaran? Berikut saya kongsikan tujuh rahsia bagaimana untuk membuatkan akaun TikTok anda menjadi lebih menarik.

Perkara Asas Apabila Anda Memulakan TikTok

Saya akan mulakan dengan perkara asas dan mindset yang anda perlu ada apabila nak memulakan akaun TikTok anda.

Saya sendiri pun suka guna TikTok sebab ingin terokai elemen kreatif dalam diri selain daripada ikuti trend marketing yang terkini.

Niat dan objektif

Kita perlu sedar apakah tujuan utama kita menggunakan platform TikTok ini. Apabila kita jelas, baru kita ada sebab yang kuat untuk install dalam telefon dan aktif di dalamnya.

Antara sebab yang saya boleh kenalpasti ialah:

  1. Pengaruh rakan sebaya
  2. Ingin mengikuti trend – tak nak ketinggalan zaman
  3. Ingin mencari hiburan
  4. Ingin berkongsi bakat, ilmu dan kemahiran
  5. Ingin mencuba sesuatu yang baru
  6. Ingin menyampaikan mesej dan konten yang positif
  7. Ingin berdakwah mesej yang Islami

Ini antara niat dan matlamat masing-masing. Secara peribadi, saya lebih kepada item 4, 5, 6 dan 7.

Anda pula bagaimana?

Kenal pasti follower

Seiring dengan era modenisasi, hari ini populariti diukur dengan jumlah follower yang ramai. Malah, dengan keberadaan follower juga, seseorang boleh menjana pendapatan dan menjadi seseorang yang berpengaruh. Hal ini bukanlah satu perkara yang sukar untuk dikecapi di TikTok.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengenal pasti siapa follower anda dan apa kehendak mereka. Anda harus meneliti jenis content bagaimana yang mahu diketengahkan. Kandungan ini boleh dibuat dalam pelbagai bentuk dan menyentuh aspek-aspek tertentu seperti hobi, minat, tips, inspirasi dan sebagainya.

Kepakaran anda dalam satu topik akan jadi kekuatan anda.

Tips untuk meningkatkan views TikTok

Siapa yang taknak muncul dalam FYP kan? Bukan senang tapi tak mustahil. Jom kita lihat strategi dan teknik yang ramai berjaya buat. Kita boleh ikut cara-cara di bawah.

Ikut trend hashtag

Hal-hal trending sememangnya sangat membantu. Apatah lagi content anda akan dapat diikuti dengan lebih mudah.

Setiap kali sebelum anda mencipta apa-apa jenis content, pastikan anda mengikuti perkembangan hashtag yang sedang menjadi trending ketika itu. Trending ini boleh dijumpai dalam tab Discover yang ada simbol ?

Pro tips #1: Bagaimana nak tahu hashtag yang akan trending sebelum muncul dalam Discover?

Berdasarkan pengalaman saya, anda perlu ‘alert’ dengan notification yang masuk. Biasanya itu adalah ‘hint’ mengenai hashtag yang akan trending tak lama lagi.

Kalau dalam notification ada memaklumkan hashtag tertentu, tapi belum muncul dalam bahagian ‘Discover’, kemungkinan anda adalah antara yang terawal dapat tahu hashtag tersebut.

Saya pernah buat video hari yang sama selepas dapat notification. Hasilnya, video tersebut dipilih dalam top 10 trending hashtag.

Pro tips #2: Community Tiktok Creators

Pasukan TikTok Malaysia sentiasa berusaha untuk mengenalpasti pengguna Tiktok a.k.a Creators yang aktif dan punyai rekod views dan followers yang tinggi.

Anda boleh lihat senarai nama mereka ini dalam akaun Instagram TikTok Malaysia dan pada senarai ‘Following’

Apa yang anda perlu buat ialah dengan mengikuti program, contest & challenge yang dianjurkan oleh TikTok Malaysia.

Setelah anda masuk dalam komuniti creators, anda akan dapat jadi yang terawal untuk ketahui jadual hashtag dan trending yang akan datang.

Gunakan sticker yang trending

Kebanyakannya hashtag yang trending juga diikuti dengan sticker atau filter yang sesuai.

Guna hashtag yang betul

Selepas anda membuat content, perkara penting yang perlu dilakukan adalah dengan menulis hashtag pada caption dengan betul. Ini untuk memastikan hashtag yang anda gunakan selari dengan hashtag yang sedang menjadi trending ketika itu. Jika tidak, content anda akan tenggelam dan kurang mendapat tontonan.

Sebelum post apa-apa content, semak semula ejaan pada hashtag anda. Jadikan ini sebagai satu kebiasaan. Pastikan hashtag tersebut mempunyai views yang tinggi.

Gunakan lagu yang sedang trending

Terdapat dua cara untuk mengetahui lagu yang sedang trending selain dari page Discover tadi.

1. TikTok Sounds

Anda boleh pilih lagu yang diletakkan di bawah kategori berikut:

  • TT Hot
  • TT Rising

2. Tokboard

Tokboard ini menyenaraikan lagu yang sedang popular pada minggu tersebut.

TikTok Trend Alert

Follow akaun TikTok yang sentiasa kongsi pasal trend tersembunyi

Buat original content

Walaupun masih ada yang menari dan gelek dalam video, anda tak perlu nak ikut. Itu cara mereka. Anda pun ada cara anda.

Dalam mencipta sesebuah content, perkara yang perlu dititikberatkan adalah originality dan kelainan. Ini dapat membantu dalam memberi tarikan kepada penonton.

Sebaik-baiknya, bagi mengelakkan content anda sama dengan orang lain, lakukan kajian, pemerhatian serta perancangan sebelum membuat rakaman. Anda boleh juga mengambil banyak rujukan daripada video-video yang telah sedia ada, kemudian ubah suai mengikut kesesuaian content anda.

Jika anda buat video spoken words, pastikan suara dan gambar jelas.

Jika anda nak curate, pastikan beri kredit pada pemilik asal.

Promote dalam platform media sosial lain

Setelah content anda siap dan dimuatnaik ke TikTok, kongsikan hasil karya anda ke mana-mana platform media sosial lain yang anda miliki. Sebagai contoh, anda boleh kongsikan content anda di Instagram, Facebook mahupun Twitter.

Perkongsian ini bertujuan untuk menarik lebih ramai orang masuk ke dalam channel anda. Sekaligus, follower anda juga akan semakin bertambah.

Format video vertical yang boleh digunakan di platform lain:

  • Instagram – Reels
  • Youtube – Shorts

Kerap upload video

Hampir setiap saat, terlalu banyak video baru yang dimuatnaik. Masing-masing akan bersaing untuk berkongsi setiap content yang mereka hasilkan. Jadi, apa yang perlu anda lakukan bagi memastikan content anda dapat diperhatikan setiap kali penonton membuka aplikasi ini?

Langkah paling berkesan adalah dengan kerap memuatnaik video. Sebaik-baiknya, muatnaik content anda 2 ke 3 video setiap hari, paling minimum. Ini dapat membantu anda supaya lebih dikenali dan semua content yang anda hasilkan akan kerap mendapat tontonan.

Call to action (CTA)

Ini adalah langkah terakhir yang perlu anda lakukan. Langkah ini cukup penting dalam meletakkan kejayaan untuk karya-karya yang anda hasilkan.

Setiap kali selepas memuatnaik karya, pastikan anda sentiasa melakukan engagement dengan penonton. Anda boleh minta mereka untuk follow dan menekan butang Love. Dalam masa yang sama, kerap berhubung dengan mereka melalui ruangan komen.

Salah satu lagi ialah cara indirect. ini boleh dilihat dalam channel @careerwithboris. Dihujung videonya ada dialog seperti berikut:

Jenis-jenis teknik video yang popular di TikTok

  1. Loop
  2. Transition
  3. CGI
  4. Drama/sketsa pendek
  5. Percakapan
  6. Tutorial
  7. Lip sync lagu/audio popular
  8. Duet / Stitch dengan pengguna lain
  9. Muat naik video dari platform lain seperti Youtube / Instagram
  10. Menjawab komen dari video sebelumnya

Kajian kes

Anda boleh baca artikel hasil kajian akaun Tiktok bagi pemilik kedai jual motor dan aksesori, Berjaya Mega Motors di blog Dezeek

Kesimpulannya

Walaupun hari ini mentaliti masyarakat memandang TikTok sebagai satu aplikasi yang melekakan, namun di sebalik tanggapan itu, ada sisi baik yang boleh digali dan diteliti. Dalam setandan pisang, tidak semua buahnya busuk.

Titik tolaknya adalah cara bagaimana kita menggunakan aplikasi itu sama ada mahu meletakkan ia sebagai media yang melekakan ataupun sebaliknya. Perubahan ada di tangan anda.

Terima kasih kerana membaca sampai ke hujung artikel lengkap ini. Saya akan terus berusaha untuk kemaskini dengan info terkini mengenai TikTok.

Jangan lepaskan peluang untuk mendalami ilmu Tiktok dengan menghadiri webinar Content Raya Booster. Klik poster untuk info lanjut

Kredit gambar: In The Know

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *