Live selling ataupun jualan semasa membuat sesi ‘Live’ di Facebook atau Instagram kini semakin popular sejak pandemik Covid-19.
Mari kita lihat apa kelebihan Shopline bagi pemula dalam bidang ecommerce.
Table of Contents
Theme
Terdapat pelbagai theme yang boleh dipilih tanpa perlu menulis code. Boleh drag & drop dan upload gambar untuk banner dan pelbagai lagi.
Integrasi Live selling
Semasa anda sedang buat live samada di Facebook atau Instagram, jika ada penonton yang menulis komen dengan perkataan tertentu seperti ‘NAK’ atau ‘PM’ (anda boleh tentukan), sistem Shopline boleh bantu terus hantar mesej PM kepada penonton tersebut.
SEO
Search Engine Optimization boleh ditetapkan dalam home, page dan product page. Anda juga boleh menulis artikel blog untuk berkongsi kepakaran anda berkaitan produk yang dijual.
Conversion tracking
Jika buat iklan samada Facebook atau Google Ads, anda pasti ingin data conversion dicatat. Shopline membolehkan event tracking supaya nilai jualan dapat dilihat terus dari sistem iklan pilihan anda.
App Store Denga Pelbagai App Percuma!
Untuk menambah baik fungsi kedai ecommerce anda, anda boleh pasang pelbagai modul atau app secara percuma. Tak perlu bayaran secara bulanan.
Ini adalah senarai app yang anda wajib pasang!
Mailchimp
Simpan database dan gunakan email untuk menyampaikan promosi dan berita terbaru kepada pelanggan anda. Sistem Mailchimp percuma untuk 2,000 contacts.
Instagram Feed
Jika anda mempunyai followers yang ramai di Instagram, anda boleh masukkan gambar dari akaun Instagram anda ke dalam website.
Affiliate
Dengan sistem affiliate, pelanggan anda akan diberi ganjaran atau insentif tunai dengan setiap transaksi yang berjaya.
Members Reward
Untuk mengekalkan pelanggan sedia ada, anda boleh beri mata ganjaran untuk setiap kali pembelian.
Harga
Berikut ialah harga langganan bagi sistem ecommerce Shopline. Ianya sangat berpatutan lebih-lebih lagi apabila anda tidak perlu membayar setiap bulan untuk app tambahan.
Jika anda mendapatkan pakej Essential, anda hanya perlu membayar $69 sebulan, lebih kurang RM300 sebulan.
![](https://dezeek.com/blog/wp-content/uploads/2022/06/image.png)