WhatsApp merupakan salah satu app komunikasi pilihan pengguna sejak ia dibangunkan pada tahun 2009. Seterusnya ia telah dibeli oleh gergaji media sosial, Facebook pada tahun 2014 dengan nilai USD 19 billion.
Sejak itu, terdapat pelbagai pembaharuan dan ciri-ciri yang menarik telah dibangunkan sesuai dengan keperluan pengguna.
Selain digunakan untuk komunikasi antara individu, ia juga digunakan secara meluas dikalangan pemilik bisnes untuk tujuan jualan, pemasaran dan khidmat pelanggan.
WhatsApp Business telah dilancarkan pada Januari 2018 dengan pelbagai ciri-ciri khas untuk entiti perniagaan.
Malahan, aplikasi ini juga merupakan aplikasi yang paling ramai pengguna di Malaysia. Menurut Statista, seramai 68% daripada penduduk di Malaysia (kira-kira 32 juta orang) yang menggunakan WhatsApp.
Terdapat pelbagai sistem yang telah dibangunkan oleh syarikat tempatan di Malaysia untuk memudahkan pengguna memanfaatkan WhatsApp bagi tujuan perniagaan.
Table of Contents
Sistem Tempahan E-Commerce
Sistem sebegini sangat memudahkan pengguna khususnya yang tak biasa dengan e-commerce. Fungsi yang paling menarik ialah dengan senarai produk dan database pelanggan. Ini sangat penting untuk digunakan dalam pemasaran yang kos efektif.
1. Yezza

Yezza telah dilancarkan pada 31 Mac 2020 oleh Arba Travel dengan fokus untuk memudahkan pesanan melalui WhatsApp. Sistem E-commerce beserta produk dan payment gateway melalui BillPlz juga boleh setting dengan mudah.
Mempunyai pelbagai integrasi dengan sistem dan platform popular seperti Woocommerce, Shopify, EasyParcel dan sebagainya.
Terdapat pelan dengan subsidi 70% dari kerajaan Malaysia.
Mempunyai pelan yang mampu milik serendah RM37 sebulan untuk langganan setahun.
2. Kiah.Store

Kiah.Store ini merujuk kepada nama glamer Mak Cik Kiah yang popular sejak bantuan prihatin diumumkan oleh PM. Sistem pengkalan data dan borang Whatsapp ini juga mempunyai fungsi untuk senarai produk, kategori dan invois.
Sistem ini boleh gunakan secara percuma. Terdapat juga integrasi dengan sistem gerbang pembayaran seperti SecurePay dan Toyyibpay.
Kiah Store mempunyai dua jenis paparan:
- borang pesanan
- e-dagang (seperti website ecommerce)
3. Wasep.me

Dilengkapi sistem pengambilan pesanan, pengurusan jualan, pembayaran online, integrasi sistem penghantaran dan notifikasi jualan terus ke dalam WhatsApp.
4. Orderla.my

Aplikasi ini dibangunkan oleh iReka Soft, sebuah syarikat tempatan berpusat di Cyberjaya.
Memfokuskan kepada tempahan menggunakan Whatsapp. Mempunyai 2 jenis pelan.
Pelan berbayar membolehkan bayaran dibuat dengan sistem gerbang pembayaran seperti Billplz, ToyyibPay, SenangPay, Stripe & Bizappay. Pelan yang mampu milik hanya RM30 sebulan (pada waktu artikel ini ditulis)
5. Maynuu

Nama pun Maynuu yang bunyi seperti menu. Direka khas untuk pemilik restoran. Anda boleh masukkan menu, gambar dan harga produk.
Selepas anda memilih produk, proses checkout akan diteruskan ke dalam WhatsApp.
6. EasyStore

EasyStore mula memperkenalkan fungsi tempahan melalui Whatsapp/LINE ini pada 10 April 2020. EasyStore sendiri merupakan sistem e-commerce yang lengkap daripada Exabytes.
Maka dengan penambahan fungsi ini, ia akan membantu untuk meningkatkan jualan kepada pengguna yang tak biasa dengan sistem e-commerce.
EasyStore datang dengan pelbagai pakej. Untuk menggunakan fungsi WhatsApp order form ini, anda perlu melanggan pakej Standard pada harga RM 199 sebulan atau RM 1,671.60 setahun
7. OnWhats.App

Ini merupakan sistem yang dibangunkan oleh syarikat luar negara. Ianya juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan contoh di atas.
Harga bermula dari $1 sebulan. Terdapat juga fungsi Whitelabel untuk syarikat yang ingin menjual servis ini tanpa perlu membangunkan sistem yang canggih.
WhatsApp Link Shortener dengan Tracking
Seterusnya ialah sistem untuk meringkaskan link untuk buka app WhatsApp daripada website atau iklan. Anda boleh sahaja dapatkan link tersebut terus dari app WhatsApp.
Tetapi jika anda inginkan lebih function seperti tracking Facebook Pixel tracking atau Google Ads conversion tracking, anda boleh gunakan software berikut.
1. Wasap.my

Sistem ini dibangunkan oleh Saifuddin Iiyas sejak 2018 dan telah digunakan secara meluas oleh pengguna di Malaysia.
Antara kelebihannya ialah anda boleh bina sendiri link WhatsApp tanpa perlu mendaftar akaun.
2. Kliksini.my

Sistem ini dibangunkan oleh team FAMES. Antara kelebihan sistem KlikSini ialah mereka ada fungsi rotator links. Sistem ini akan sangat membantu jika anda ada ramai sales team.
Akaun percuma terhad kepada 5 link dan 1 tracking pixel. Anda boleh melanggan untuk upgrade pakej pada harga RM 30 sebulan.