10+ Program Affiliate Untuk Jana Pendapatan Secara Online

affiliate jana pendapatan

Setiap individu pasti mengimpikan peluang menjana pendapatan dengan mudah secara online. Di mana ada internet, di situ pasti ada peluang untuk dapatkan duit. Antara cara untuk menjana pendapatan secara online adalah melalui program affiliate. 

Program affiliate adalah salah satu jenis digital marketing di mana anda memperoleh komisen dengan mempromosikan produk menerusi link affiliate. Komisen yang ditawarkan pula cukup lumayan di antara 30% – 50%.

Artikel ini akan berkongsi program affiliate yang boleh membantu anda menjana pendapatan secara online.

1. InvolveAsia

Kredit: InvolveAsia

InvolveAsia merupakan syarikat terbesar yang menawarkan program pemasaran affiliate. Mereka bekerjasama dengan pelbagai syarikat besar dalam pelbagai bidang seperti fashion, elektronik, marketplace dan pelancongan. Antara brand besar yang menggunakan khidmat InvolveAsia termasuklah Lazada, Ringgitplus, Nike dan Klook. 

2. Shopback

Program affiliate yang ditawarkan oleh Shopback pula ada keunikannya tersendiri. Mereka menawarkan pulangan wang (cashback) sehingga 30% harga jualan sekiranya anda membeli barangan secara online di laman mereka. Wang yang dikembalikan tersebut boleh dikeluarkan (cashout) ke bank anda atau Paypal setelah mencapai jumlah minimum yang ditetapkan untuk pengeluaran. Cara ini adalah cara yang paling lumayan untuk anda membeli belah sambil menjana pendapatan.

3. Shopee affiliate

Platform Shopee semestinya tidak asing lagi bagi seluruh rakyat Asia Tenggara. Shopee juga menawarkan program affiliate yang memberikan komisyen sebanyak 4.20% hingga 9.20% kepada penggunanya. Apa yang anda perlu lakukan adalah promosikan link produk jualan di pelbagai laman sosial pilihan anda. Anda boleh mengeluarkan hasil dapatan anda setelah anda mencapai nilai minimum pengeluaran iaitu RM50.

4. IMAN Shoppe

Kredit: IMANShoppe

IMAN Shoppe juga ada menawarkan komisen kepada setiap pembelian buku di laman mereka menerusi program IMAN Affiliate. Program IMAN affiliate adalah berdasarkan promosi link referral dan kod diskaun peribadi. Anda akan memperoleh komisen sebanyak 5%-7% dan jumlah minimum bayaran komisen adalah RM50. Selain itu, anda juga boleh menjadi ahli dropship IMAN shoppe menerusi program IMAN Dropship.

5. Accesstrade

Accesstrade merupakan platform affiliate yang ternama di Jepun dan Asia Tenggara. Accesstrade menjadi pengantara antara pemilik perniagaan dan juga pengiklan iaitu anda. Komisen yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut produk jualan. 

6. Lazada

Kredit: Lazada

Laman e-commerce Lazada turut tidak ketinggalan dalam menawarkan program affiliatenya yang tersendiri. Mereka menawarkan komisen yang lumayan iaitu sehingga 10%. Antara kelebihan program affiliate Lazada ialah mereka telah menyediakan ribuan banner pengiklanan yang menarik dan kreatif yang boleh anda gunakan secara percuma. 

7. Produk ebook – Klikjer

Klikjer merupakan platform yang menawarkan program affiliate untuk pembelian produk digital seperti e-book. Program affiliate di Klikjer menawarkan komisen sebanyak 50% pay-per-sale. Kadar bayaran minimum juga adalah rendah berbanding program affiliate yang lain iaitu sebanyak RM15. Klikjer juga ada menyediakan banner yang menarik untuk anda gunakan semasa membuat promosi.

8. TikTok affiliate

Laman media sosial yang semakin hangat dipergunakan kini juga ada menawarkan program affiliatenya sendiri. Seller dan creator di platform TikTok masing-masing boleh mendapatkan manfaat daripada program affiliate ini. Creator boleh mempromosikan produk sama ada di video ataupun livestream. Komisen akan diberikan kepada kedua-dua creator dan seller sekiranya produk yang dipromosikan terjual kepada pengguna.

Bisnes e-commerce

Bagi pemilik bisnes, anda juga tidak ketinggalan untuk menjana ekstra pendapatan melalui program affiliate. Silap-silap, aplikasi yang anda gunakan juga menawarkan program affiliate mereka tersendiri. Inilah masanya untuk anda berkongsi pengalaman anda menggunakan aplikasi terseubut kepada pemilik bisnes yang lain sekali gus megajak mereka untuk mendaftar dengan menggunakan referral code anda. 

Platform di bawah antara yang menawarkan program affiliate kepada pemilik bisnes.

9. Yezza

Platform jualan menerusi aplikasi Whatsapp Yezza juga ada menawarkan program affiliate. Dengan mempromosikan link affiliate Yezza, anda dapat menjana pendapatan sebanyak RM50 ke RM200 sebulan menerusi plan yang tersedia iaitu plan Start dan Youth. Anda hanya perlu mempromosikan Yezza kepada pemilik bisnes menerusi link affiliate yang dijana khas.  

10. Wasepme

Program affiliate Wasepme membolehkan anda menjana pendapatan dengan mudah dengan hanya mempromosikan Wasepme kepada para usahawan. Wasepme menawarkan komisen langgan bulan pertama berdasarkan jumlah referral. Komisen yang ditawarkan adalah antara 10% ke 40% ditambah lagi dengan bonus 10% untuk naik taraf pakej langganan dan 10% untuk langganan yang diperbaharui. 

11. EasyStore

Kredit: EasyStore

Easystore menawarkan program affiliate berdasarkan kod referral. Anda akan diberikan komisen sebanyak RM180 untuk setiap langganan ke Easystore tanpa mengira jenis langganan secara bulanan atau tahunan. Tebusan komisen hanya boleh dilakukan 30 hari selepas langganan dan akan dibayar menerusi Paypal. 

12. Shopline

Shopline merupakan laman e-commerce yang membantu ramai usahawan memulakan bisnes online. Anda boleh turut serta meraih keuntungan menerusi program affiliate yang mereka tawarkan. Jumlah komisen yang anda bakal perolehi adalah berbeza bermula dari 25%. 

Kesimpulannya,

Program affiliate merupakan cara yang sangat mudah untuk meraih keuntungan yang lumayan. Semuanya bergantung kepada usaha anda mempromosi link tersebut di laman media sosial. Semoga artikel ini dapat membuka peluang untuk anda menjana pendapatan secara online.

Leave a comment

Your email address will not be published.