E-commerce atau e-dagang ialah proses jual beli di media elektronik. Ianya merupakan hasil percambahan teknologi masa kini yang membolehkan ramai usahawan meluaskan empayar bisnes mereka. Seiring dengan peredaran waktu, proses jual beli kini boleh dilakukan di hujung jari menerusi laman e-commerce seperti Shopify, Woocommerce dan banyak lagi.
Ini adalah 10 trend terbaru dalam dunia e-commerce khususnya di Malaysia yang anda perlu tahu
Table of Contents
1. Lebih banyak pilihan pembayaran
Bisnes sebelum ini lebih bertumpu kepada pembelian melalui wang ringgit sahaja. Hari ini, bukan sahaja online banking dan kad debit atau kredit yang sering digunakan, tetapi ewallet dan juga Buy Now Pay Later (BNPL) mula popular dalam kalangan pelanggan. Ini telah memudahkan lagi pelanggan untuk membuat pembayaran.
2. Kos iklan meningkat
Iklan merupakan salah satu cara efisien untuk menarik perhatian pelanggan. Tetapi, apabila semakin ramai orang membuat iklan, maka lebih tinggilah persaingan untuk merebut ruang iklan. Ini menyebabkan meningkatnya kos pengiklanan. Jadi, untuk memanfaatkan ruangan iklan sebaiknya, pemilik bisnes haruslah tahu strategi dan teknik yang betul seperti fokus pada pelanggan sedia ada daripada mencari pelanggan baru.
3. Manfaatkan review online

Kredit: Unsplash
Kebanyakan pelanggan bergantung kepada review dan testimoni dari pelanggan lain sebelum membeli. Sebagai pemilik bisnes, anda harus bijak menggunakan peluang menayangkan review produk anda di laman bisnes anda sendiri. Selain itu, anda juga boleh menggunakan platform media sosial seperti Google, Yelp, Facebook serta direktori lain yang relevan.
4. Pilihan untuk ambil di kedai
Pilihan untuk ambil di kedai ataupun lebih dikenali sebagai self pickup adalah salah satu kaedah mendapatkan barang belian yang popular kini. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi juga dapat mengurangkan kos servis courier.
5. Customer service guna chatbot
Terdapat beberapa software yang membolehkan anda untuk set perbualan dengan pilihan jawapan preset. Ini dapat membantu pemilik bisnes untuk melayan pelanggan lebih cepat dan mudah. Namun, option untuk berinteraksi dengan manusia juga harus ada dalam chatbox. Ini penting untuk menyelesaikan persoalan yang luar dari jawapan preset chatbox.
6. Era privasi bermula
Sejak kemaskini Apple iOS 14, data dari pihak ketiga sudah tidak lagi dapat dijejak. Jadi, di sini perlunya penggunaan first party data seperti database email. Anda boleh menggunakan kaedah email marketing untuk anda target iklan dan promosi.
7. Influencer & KOL
Pengguna lebih mudah terpengaruh dan percaya dengan produk atau jenama yang dikongsi oleh social media influencer yang mereka ikuti. Jadi, pastikan anda memilih influencer yang tepat supaya hasil yang memuaskan dapat diperoleh.
8. Impak sosial dan alam sekitar
Ramai pengguna lebih prihatin dan akan menyokong syarikat yang memberikan impak sosial dan memelihara alam sekitar. Sebagai pemilik bisnes e-commerce, anda juga harus mementingkan perkara ini dalam penghasilan produk dan kempen promosi. Dengan cara ini, anda akan lebih mudah mendapat ramai pelanggan.
9. Personalized marketing

Kredit: Unsplash
Personalized marketing membolehkan pelanggan berasa lebih selesa dan yakin dengan brand anda. Jika anda hantar email, pastikan anda menggunakan nama mereka dalam greetings. Anda juga boleh recommend produk yang sesuai dengan pembelian mereka terdahulu. Tetapi jangan main pukul rata sahaja. Cuba berinteraksi dengan pelanggan untuk mengetahui apa yang mereka ingini.
10. Live selling
Trend ini telah menjadi semakin popular sejak berlakunya pandemik. Para peniaga boleh mempromosi produk mereka ala go-shop di pelbagai platform seperti Facebook, Instagram, Shopee dan terkini di Tiktok Live. Kini, terdapat juga software yang boleh capture keyword dan auto-follow up semasa anda sedang live.
Kesimpulannya
Tidak dinafikan ada trend yang hanya bersifat sementara. Namun, ada juga trend yang boleh anda cuba untuk boost bisnes e-commerce anda.
Semoga anda belajar sesuatu yang baru dalam artikel ini!