Trend digital marketing 2023 di Malaysia

Dunia digital marketing telah mendapat perhatian para marketer sejak berlakunya pandemik pada tahun 2020. Impaknya masih terasa sehingga kini di mana kita dapat lihat penglibatan majoriti marketer memanfaatkan kelebihan digital marketing.

Namun, tahun 2023 ekonomi dunia telah diramalkan akan mengalami kemerosotan. Atas sebab itu banyak syarikat besar seperti Twitter, HP, Netflix dan Microsoft telah mengurangkan tenaga kerja (layoff). Dengan berlakunya tech layoff ini, semestinya trend dalam digital marketing juga akan turut terkesan.

Artikel ini akan mengulas beberapa trend digital marketing tahun 2023 yang patut anda tahu sebagai pengusaha bisnes.

Influencer marketing

Influencer marketing merupakan satu trend yang semakin mendapat nama. Para pengusaha akan mengupah influencers untuk mempromosikan produk mereka di laman media sosial. Semestinya, pelanggan akan lebih mempercayai produk anda kerana mereka yakin dengan review daripada influencers kegemaran mereka.

Live streaming / Live Commerce

Laman media sosial yang membenarkan strim secara langsung juga banyak digunakan oleh peniaga untuk melariskan jualan. Platform seperti TikTok Live dan Shopee Live membolehkan penonton untuk terus membeli produk di platform itu sendiri. Ini bukan sahaja memudahkan proses jual beli tetapi juga dapat meningkatkan engagement akaun bisnes anda.

Video based content

Kredit: Unsplash

Satu kajian yang dilakukan oleh Hubspot tentang trend yang menjadi pilihan marketers menjelang 2023 telah menunjukkan ramai marketers lebih cenderung untuk melabur kepada short form video content. Ini kerana video pendek seperti video di TikTok dan Instagram Reels lebih mendapat perhatian pengguna. Jadi, engagement juga sekaligus akan meningkat. Return on investment (ROI) atau pulangan pelaburan dalam video pendek juga telah terbukti lebih tinggi berbanding cara digital marketing yang lain.

User Generated Content

User Generated Content merupakan antara cara marketing menggunakan pempengaruh (influencers). Influencers diberikan kebebasan untuk mengolah content yang bersesuaian dengan produk anda. Cara ini didapati berkesan dan evergreen kerana ia lebih mesra pengguna dan diyakini berbanding iklan komersial. Statistik telah menunjukkan UGC telah mendapat 4 kali ganda lebih banyak click berbanding content digital marketing yang lain.

AI content generation

Seiring dengan perkembangan teknologi, trend digital marketing menggunakan AI content generation juga tidak kurang sambutannya. Syarikat seperti Jasper, Rytr, Copy.ai dan Tulis ads menawarkan perkhidmatan penjanaan content menggunakan Artificial Intelligence. AI akan membantu anda untuk menghasilkan blog post, marketing copy dan juga artikel berkaitan. Walaupun semuanya akan disusun atur oleh komputer, input dari pemilik bisnes juga masih diperlukan.

Affiliate marketing

Affiliate marketing ialah cara mempromosi produk menggunakan link yang telah dijana khas. Cara ini sesuai digunakan untuk mempromosi produk dengan cara soft-selling. Pengusaha bisnes boleh menyenaraikan produk di laman affiliate seperti InvolveAsia untuk dipromosikan  oleh pengguna lain kepada audience mereka.

Chatbot di laman sosial e-dagang

Penggunaan chatbot di laman sosial commerce juga antara trend digital marketing yang selalu kita lihat kini. Chatbot ini akan membantu menjawab soalan-soalan lazim yang ditanya oleh pelanggan. Kehadiran pemilik laman tersebut hanya diperlukan apabila pelanggan meminta untuk berinteraksi dengan pemilik.

Automation dan integration

Automation dan integration merupakan kaedah terkini yang digunapakai dalam digital marketing. Kaedah ini membolehkan sistem komputer mengambil alih tugas marketing daripada pekerja. Ini akan membantu syarikat perniagaan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam perniagaaan.

Machine learning dalam platform iklan

Machine learning ialah kebolehan komputer untuk mengumpul data, menganalisis dan membuat kesimpulan berdasarkan data yang terkumpul untuk membuat penambahbaikan. Kaedah ini akan menjadi booster kepada iklan digital marketing anda. Ini juga boleh diaplikasikan dalam email marketing.

First party data

Kaedah digital marketing yang bersifat lebih personalized kepada individu adalah dengan menggunakan first party data yang terkumpul. Dengan cara ini, belian dan minat pengguna dapat dikaji dan dianalisis. Ini akan membolehkan pemilik bisnes mempromosi produk yang bersesuaian dengan minat pengguna.

Email marketing

Kredit: Unsplash

Anda juga boleh menghantar email peribadi kepada pengguna sebagai strategi marketing. Dalam email tersebut, anda boleh  mencadangkan produk bersesuaian berdasarkan pembelian mereka sebelumnya.

Pengalaman Omnichannel

Omnichannel ialah strategi jualan yang menghubungkan pelbagai saluran jualan seperti online shop, mobile dan kedai fizikal. Cara ini memberikan pengalaman shopping yang unik buat pengguna. Mereka akan mendapat maklumat yang sama berkaitan produk seperti harga dan diskaun di semua saluran yang mereka layari.

Buy now pay later

Kini, pelanggan boleh memiliki produk yang diingini sebelum membuat bayaran penuh. Trend digital marketing buy now pay later telah diaplikasikan dalam banyak platform bisnes seperti Grab Paylater dan Shoppee Paylater. Ini memberi kuasa membeli kepada pengguna.

Trend yang sudah lapuk

Selain mengetahui trend yang tengah hangat dipergunakan, anda juga harus tahu trend digital marketing yang tidak lagi menjadi pilihan utama. Antaranya termasuklah Non Fungible Token (NFT), voice search optimization, audio chatroom, metaverse dan AR/VR.

Kesimpulannya,

Anda haruslah bergerak seiring dengan peredaran teknologi untuk berdaya saing dalam dunia digital marketing.

Semoga artikel ini dapat membantu anda mengatur strategi dalam bisnes!

Leave a comment

Your email address will not be published.