Apabila nak setup akaun Business Manager yang baru, anda kena pastikan anda ada perkara-perkara berikut.
Profile personal
- Email address
- No telefon
Untuk akaun personal, anda perlu buat pengesahan identiti. Anda boleh gunakan dokumen seperti:
- Kad Pengenalan / MyKad
Business Manager
- Syarikat SSM – Certificate/Articles of incorporation
- Milikan tunggal atau perkongsian – SSM – Business registration or license document
- LHDN – Government-issued business tax document: This could include a tax certificate. Self-filed tax documents are not accepted.
- Bank statement seperti Maybank, CIMB dan lain-lain. Pastikan alamat sama seperti yang diisi.
- Bil utility seperti TNB, bil air, bil telefon, bil internet. Pastikan alamat sama.
Nota: Untuk sesetengah perniagaan, ada yang menyewa premis. Ini menyebabkan nama dan alamat bil tidak sama. Jika bil utiliti seperti elektrik dan air menggunakan nama pemilik, maka anda boleh daftar telefon dan internet guna nama syarikat.
Jika anda setup bagi pihak klien, akan ada beberapa kali pengesahan atau 2 factor authentication diperlukan.
- Email. Jika guna Gmail juga perlukan pengesahan di telefon untuk keselamatan serta memilih nombor tertentu
- No telefon (Kod boleh dihantar terus kepada SMS ataupun Whatsapp)
Oleh itu, anda hendaklah meminta kerjasama klien untuk bantu memberikan maklumat dengan segera. Lebih sesuai jika sepanjang proses pengesahan ini, anda berapa secara bersemuka.
Lead Generation
Seterusnya, jika anda ingin membuat iklan yang menggunakan Lead Form, anda perlu sediakan:
- Polisi privasi
Anda boleh gunakan beberapa website untuk generate polisi tersebut. Antaranya:
- Termify.io
- GetTerms.io
- Free Privacy Policy
Jika anda tiada website, anda boleh link kan terus ke website mereka. Jika ada website lebih baik. Anda boleh salin dan buat satu page khas seperti contoh privacy policy Dezeek ini.