Dalam era kecerdasan buatan atau artificial intelligence masa kini, terdapat pelbagai A.I. tools yang saya gunakan untuk kerja seharian.
Saya akan senaraikan dulu secara ringkas apa yang saya gunakan dengan kerap.
Disclaimer: Artikel ini tidak ditaja atau berbayar. Ada sebahagian link yang disertakan ialah link affiliate dimana saya hanya dapat komisen jika anda langgan servis mereka.
Table of Contents
Descript
Antara software editing video yang laju dibangunkan dari mula saya guna pada tahun 2022. Boleh edit video seperti edit artikel.
Contohnya ada video panjang seperti podcast, dan anda nak buat video pendek untuk diterbitkan di akaun media sosial seperti Tiktok dan Youtube Shorts.
Anda boleh baca daripada teks dan pilih bahagian yang anda ingin jadikan video pendek.
Akaun percuma boleh edit video 1 jam sebulan. Akaun berbayar bermula $19 sebulan
Turboscribe
Yang ni sangat berguna bila saya dapat video testimoni dari klien. Dari pada video, boleh buat transkripsi untuk dapatkan versi teks.
Akaun percuma boleh guna 3 kali sehari. Akaun berbayar pula $20 sebulan atau $120 setahun.
Capcut
Tak dinafikan Capcut bukan sekadar software untuk edit video, tetapi ada banyak fungsi AI yang tersedia.
Kalau nak guna Capcut termasuk fungsi Pro, anda perlu langgan sekitar RM29.90 bulanan atau RM 35 untuk 30 hari.
Invideo
Ini merupakan satu lagi tools untuk buat video dengan mudah. Hanya masukkan artikel dah boleh generate video ala slideshow.
Boleh cuba secara percuma dan akaun berbayar bermula $25 sebulan.
Ada banyak lagi aplikasi AI yang anda boleh cuba. Saya akan tambah senarai ini dari masa ke masa.
Jika anda ada aplikasi yang lain, sila tinggalkan di ruangan komen.