9 Teknikal SEO Untuk Website Ecommerce Rank di Malaysia

seo untuk website ecommerce

Bayangkan anda seorang pemilik ecommerce di Malaysia. Anda bangun pagi, membuka Google Analytics, dan mendapati bahawa jumlah trafik ke ecommerce anda semakin menurun. Data jualan beberapa hari juga mula menurun dan anda tidak tahu apa puncanya. Anda mula bertanya :

“Apa yang aku buat salah?”

Ada yang sedang melancong ke Hatyai atau sedang menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga juga boleh terganggu dengan penurunan trafik di Google Analytics dan data jualan dari dashboard sales.

seo untuk website ecommerce

Majoriti pemilik website ecommerce seperti anda telah melabur ribuan ringgit untuk SEO, creative design, digital marketing dan kos iklan.

Malangnya, conversion rate di landing page tetap mengecewakan. Untuk meningkatkan conversion dari 3% ke 10% secara organik sahaja pun memakan masa hampir 12 bulan dan belum tentu tercapai!

Perubahan pada algoritma Google yang dinamik bahkan memburukkan lagi keadaan dan tekanan. Tambahan, keyword targeting yang anda dan tim jalankan juga seperti tidak menghasilkan impak yang signifikan.

Kita semua tahu betapa sukarnya untuk bersaing dengan brand ecommerce besar untuk short-tail keyword berbanding long-tail keyword.

seo untuk website ecommerce

Hinggalah anda sedar yang masalah utama sebenarnya pada website ecommerce anda sendiri. Untuk lebih spesifik; teknikal SEO.

Structured data, yang seharusnya membantu Google memahami struktur dan kod ecommerce anda, tidak dioptimumkan dengan baik.

Jumlah 404 pages sudah mencapai 10% dari jumlah keseluruhan pages dan 301 pages (redirection) yang anda tetapkan telah mencapai usia lebih 1 tahun.

Memahami Cabaran SEO Ecommerce di Malaysia

Masalah ini tidak hanya merisaukan anda, tetapi juga webmaster dan SEO marketer di seluruh dunia dan tidak terbatas di Malaysia.

Google pula seperti biasa, tidak pernah memberi secara detail apa yang perlu dilakukan. Lebih kepada apa yang jangan dilakukan di blog mereka – Google Search Central Blog.

Tekanan, stress dan ketidak tahuan yang anda hadapi ini sebenarnya telah saya alami lebih awal. Disebabkan itulah artikel ini ditulis dengan objektif membantu website ecommerce di Malaysia membaiki teknikal SEO mereka.

Jadi, baca hingga habis dan ketahui rahsia cara naikkan ranking website di Google berdasarkan spektrum teknikal SEO.

“SEO untuk ecommerce bukan sekadar ranking, tetapi bagaimana website anda memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna dan enjin carian.”Ryan Illes

9 Teknikal SEO Untuk Website Ecommerce Rank di Malaysia

1. Core Web Vitals Optimization

Utamakan tahap ; site speed, responsif, dan kestabilan visual. Gunakan tools seperti Google Lighthouse untuk memantau dan memperbaiki skor Core Web Vitals anda.

Sebagai contoh, ecommerce seperti Oxwhite memanfaatkan teknologi untuk mengekalkan site speed mereka di bawah 3 saat.

seo untuk website ecommerce

Tambahkan HTTP/3 untuk sambungan yang lebih pantas dan selamat, serta pastikan page anda responsif dengan user interface yang sesuai untuk mobile view. Elakkan iklan pop-up sama sekali.

2. Schema Markup

Tanpa kompromi, belajar atau upah kontraktor berpengalaman dalam SEO untuk bina Schema Markup seperti “Product,” “Review,” & “BreadcrumbList”.

Tujuannya adalah untuk memperbaiki ciri SERP seperti “Rich Snippets” di ecommerce anda.

Secara peribadi, saya melihat 8 dari 10 website ecommerce di Malaysia tidak pernah melaksanakan Schema Markup.

Anda boleh gunakan Schema Markup Tools yang percuma seperti :

seo untuk website ecommerce

Sebagai contoh, Zalora menggunakan Schema “availability” dan “price drop” untuk menarik perhatian pengguna di ecommerce mereka di SERP.

3. AI-Powered Search Experiences

Gunakan AI untuk meningkatkan fungsi search, sort & filter di website ecommerce anda. Modelkan carian berasaskan user intention dan tawarkan cadangan autolengkap (produk) yang relevan.

seo untuk website ecommerce

Contohnya, Coach Malaysia menawarkan fungsi search, sort & filter yang intuitif untuk membantu pelanggan mencari produk yang sesuai dengan mudah.

4. Multi-Regional & Multi-Language SEO

Gunakan tag hreflang untuk sasarkan pasaran antarabangsa dengan lebih efektif.

Sebagai contoh, New Balance Malaysia menggunakan local CDN tempatan untuk mengurangkan international user latency.

seo untuk website ecommerce

Ini bermaksud, website ecommerce anda lebih mudah diakses oleh pengguna Google di seluruh dunia.

5. Backlinks

Bina satu sistem kerja untuk program kerjasama dengan niche influencer atau pakar industri untuk mendapatkan backlink berkualiti tinggi.

BloomThis berjaya memperluaskan capaian mereka melalui kerjasama kandungan dengan pakar hiasan bunga, menghasilkan backlink yang relevan dan berkuasa.

seo untuk website ecommerce

Saya secara peribadi mencadangkan anda menyusun gerak kerja untuk mendapatkan 10 high DA backlinks setiap bulan.

6. On-Page SEO

Gunakan dynamic meta tag merangkumi ; meta title & meta description yang memotivasikan audiens untuk klik page anda.

seo untuk website ecommerce

Sebagai contoh, Apple Malaysia menggunakan meta title dan meta description seperti “Beli iPhone dengan tawaran eksklusif | Penghantaran Percuma” untuk dapat CTR yang lebih tinggi.

7. User Reviews Optimization

Aktifkan customer review di produk page dan set review itu dengan Schema untuk meningkatkan kepercayaan prospek & menambah visibiliti di SERP.

seo untuk website ecommerce

Ecommerce seperti Zalora menunjukkan user review dengan jelas untuk membina kredibiliti pada produk dan brand.

8. Konten Berkualiti

Kemas kini konten lama (lebih 12 bulan) seperti blog, deskripsi produk, dan collection pages dengan info terkini, internal linking & masukkan target keyword yang revelan. Ini sahaja yang anda perlu kemaskini.

Contohnya, Oxwhite secara berkala memperbaharui kandungan blog mereka untuk memastikan ia sentiasa segar dan relevan.

“Strategi SEO ecommerce terbaik adalah menggabungkan data teknikal dengan psikologi pengguna untuk memberikan pengalaman membeli yang sempurna.”Chris Haines

Saya faham, menguruskan SEO untuk website ecommerce bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan masa, tenaga, dan kerjasama dari pelbagai pihak.

Anda mungkin sudah mencuba pelbagai cara dan belum menampakkan apa-apa hasil yang signifikan khususnya dalam teknikal SEO.

Ini tidak bermakna anda perlu berputus asa. SEO adalah satu pelaburan jangka panjang dan anda perlu betul-betul bersabar sekurang-kurangnya 12 bulan untuk menampakkan hasil.

Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah mengetatkan setiap skru yang terlibat — dari Core Web Vitals hingga Schema Markup, dari backlinks berkualiti hingga user review.

seo untuk website ecommerce

Jadikan ecommerce site seperti Oxwhite dan Zalora sebagai contoh terbaik anda.

Mereka juga melalui proses yang sama. Tiada jalan pintas untuk berjaya dalam SEO. Yang penting, anda konsisten memperbaiki ecommerce anda dan aktif membaca blog dari Google Search Central untuk perubahan algoritma terkini.

Seperkara lagi, kita hanya mampu berusaha memudahkan Google menemui ecommerce kita. Sama ada ecommerce kita akan muncul di SERP atau tidak, itu adalah keputusan Google berdasarkan algoritma terkini yang mereka tetapkan.

“SEO adalah tentang mengetatkan setiap skru yang terlibat dan mengubahnya secara berkala agar tidak berkarat.”Mehmed Aezhad

Jadi, teruskan usaha anda, rancang strategi SEO dengan teliti, dan serahkan selebihnya kepada Tuhan. Bismillah.

By Aezhad

Mehmed Aezhad is a digital marketing consultant with 8 years of experience in digital marketing in 10+ niches and industries specifically in Search Engine Optimization (SEO) & content strategy production.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *