9 Idea content TikTok untuk bisnes anda

TikTok merupakan platform media sosial yang sedang hangat digunakan pada masa kini. Durasi video yang pendek menyebabkan masyarakat gemar meluangkan masa di TikTok. Tahukah anda, secara purata, pengguna TikTok meluangkan masa selama 89 minit sehari di platform ini. Jadi, sebagai pengusaha bisnes, ambillah peluang ini untuk mempromosikan bisnes anda. Jika digunakan sebaiknya, anda pasti dapat meningkatkan jualan dan prestasi bisnes anda.

Artikel ini akan berkongsi beberapa idea content TikTok untuk bisnes anda.

1. Tunjuk rutin harian bisnes

Video rutin harian dalam bisnes sering menarik perhatian ramai. Ramai pengguna suka melihat proses penghasilan produk atau video pembungkusan. Anda juga boleh merakam video servis yang anda tawarkan. Ini juga akan memberikan kepercayaan pengguna terhadap bisnes yang anda lakukan.

2. Gunakan audio trending di Tiktok

Serlahkan kreativiti anda menggunakan audio atau lagu bersesuaian dengan bisnes anda. Anda perlu peka dengan lagu atau audio yang trending kerana ia akan membantu untuk ‘boost’ atau meningkatkan ‘engagement’ video anda. Pengguna akan lebih tertarik untuk mengambil tahu tentang bisnes anda dengan adanya video-video menarik ini. Peluang untuk video anda berada di ‘For You Page’ juga akan meningkat.

3. Kongsi info menarik

Anda boleh berkongsi info-info menarik yang berkaitan dengan produk atau bisnes anda. Video-video sebegini akan mencuri perhatian pengguna dan menjadi audience organik kepada bisnes anda. Anda boleh menyelitkan unsur-unsur humor dan jenaka. Elakkan hard sale dalam video perkongsian anda.

4. Buat video Q&A

Tingkatkan curiosity audience anda dengan membuat content ‘Question and Answer’ (Q&A). Buka soalan kepada audience anda dan rakam video menjawab soalan-soalan tersebut. Dengan cara ini mereka yang berminat dapat mengenali lebih mendalam tentang identiti bisnes anda. Di ruangan ini, anda juga boleh mengumpul feedback dari pengguna secara santai. Jadi anda boleh menggunakan info tersebut untuk penambahbaikan bisnes di masa hadapan

5. Kongsi backstory bisnes

Video yang menggunakan teknik bercerita membuatkan pengguna tertarik untuk mendengar dan menonton video anda sepenuhnya. Jadi anda bolehlah bercerita tentang backstory bisnes anda seperti fasa pembukaan bisnes, momen terindah dan juga pengajaran yang anda dapat sepanjang menjalankan bisnes. Ramai pengguna ingin tahu tentang perkara seperti ini. Selain itu, anda boleh juga membuat video memperkenalkan team bisnes anda. Selain menghargai team, anda juga dapat mewujudkan keakraban dengan pelanggan. Ini menjadikan pengguna lebih yakin dengan bisnes anda.

6. Demonstrasi produk

Kadang-kadang pengguna merasakan produk anda bukan keperluan untuk mereka. Jangan risau kerana anda boleh menggunakan platform TikTok bagi membuat demonstrasi produk anda. Ambil peluang ini untuk menunjukkan tutorial atau berkongsi tips ringkas berkaitan produk. Dengan berkongsi video sebegini, pengguna dapat memahami cara penggunaan dan bagaimana produk tersebut dapat memudahkan kehidupan seharian mereka. Selain itu, anda boleh memvariasikan gaya penyampaian video anda untuk menarik minat pengguna.

7. Kolaborasi dengan content creator atau influencer TikTok

Terdapat pelbagai content creator atau influencer yang boleh membantu anda untuk boost bisnes anda di TikTok. Caranya mudah saja. Pertama sekali anda perlu memilih influencers TikTok yang menepati niche bisnes anda. Seterusnya jemput mereka melakukan paid review atau video kolaborasi dengan akaun anda. Ini akan menarik perhatian pengikut influencer tersebut sekali gus memperkenalkan bisnes anda kepada orang ramai. Dengan cara ini, bisnes anda akan mendapat capaian yang lebih jauh.

8. Mulakan hashtag challenge

Hashtag challenge merupakan salah satu cara untuk menaikkan branding bisnes anda. Pilih challenge yang kreatif dan selitkan branding bisnes anda. Sekiranya anda belum yakin untuk memulakan challenge sendiri, anda boleh mengikuti challenge yang telah tersedia. Video anda akan dapat dilihat oleh semua pengikut hashtag tersebut.

9. Buat video stitch/duet

Di TikTok, anda boleh menggunakan features duet atau stitch. Feature ini membolehkan anda untuk merakam video anda di samping video pengguna lain yang sedia ada. Cara ini boleh menambah engagement kepada akaun TikTok anda. Anda harus pandai memilih content bersesuaian dengan bisnes anda untuk menjadikan video anda relevan.

Kesimpulan,

Tiktok merupakan media sosial yang sangat berpengaruh pada masa kini. Jadi, diharap artikel ini dapat memberikan idea dan inspirasi untuk anda mula berjinak di dunia TikTok.

Leave a comment

Your email address will not be published.