
Hari ini terdapat pelbagai medium untuk pemilik bisnes atas talian memaksimumkan keuntungan. Daripada membalas satu persatu pertanyaan pelanggan, anda sekarang boleh memudahkan lagi pengalaman membeli dengan mengautomasikan bisnes online anda.
Terdapat pelbagai platform untuk anda mengautomasikan bisnes seperti wasep.me dan Yezza. Tetapi mana satu yang terbaik dan akan menjadi pilihan anda?
Jangan risau kerana dalam entri kali ini saya akan membuat perbandingan antara kedua-dua sistem ini. Teruskan membaca.
Table of Contents
Apa itu Wasep.me?
Wasep.me merupakan sebuah sistem yang mempunyai tujuan untuk membantu anda mengelak masalah maklumat pelanggan yang berterabur atau hilang di Whatsapp. Sistem wasep.me dapat menjimatkan masa anda dengan menyediakan kedai online dilengkapi dengan maklumat jualan, jumlah stok, serta sistem pembayaran. Dengan ini, pelanggan dapat membuat pesanan tanpa perlu bertanya soalan berulang-kali.
Wasep.me dibangunkan oleh Digital Adage Sdn Bhd.
Apa itu Yezza?
Yezza pula merupakan whatsapp storefront yang boleh digunakan pemilik bisnes di luar sana. Dengan menjanjikan lebih dari 20 cara pembayaran, pelanggan lebih mudah membuat pilihan dan meneruskan pembelian.
Yezza dibangunkan oleh Yezza Tech Sdn Bhd.

Perbandingan Wasep.me vs Yezza
Untuk memudahkan pembaca, saya akan membuat perbandingan mengikut tier harga.
Pelan Percuma
Features | wasep.me Startup | Yezza Start |
Yuran bulanan | RM 0 | RM 50 (Percuma trial) |
Order form | – | 3 |
Bilangan produk | 10 | |
Bilangan admin | – | 3 |
Pelan Premium
Untuk wasep.me, terdapat 2 pelan berbayar sementara Yezza hanya mempunyai 1 pelan berbayar.
OFeatures | wasep.me Premium | Yezza Growth | wasep.me Platinum |
Yuran Bulanan | RM 45 | RM 197 | RM 99 |
Order Form | – | 10 | – |
Bilangan produk | 1000 | – | Tiada had |
Nombor Whatsapp (Sales team) | 5 nombor | Tiada had | Tiada had |
Kaedah bayaran | Tunai, pemindahan bank, toyyib Pay | e-Wallet, Kad Kredit dan Debit, FPX | Tunai, pemindahan bank, toyyib Pay |
Penghantaran | LALAMOVE, Easyparcel, Delyva | EasyParcel & Yezza Shipping (direct) | LALAMOVE, Easyparcel, Delyva |
Domain | Subdomain dan custom domain | Subdomain dan custom domain | Subdomain dan custom domain |
Sistem ejen | Sistem Dropship | Komisen mengikut tier | Sistem Dropship |
SMS | Tersedia | Tersedia | Tersedia |
Diskaun langganan | 10% diskaun untuk langganan 6 bulan, percuma 2 bulan untuk langganan setahun | 15% diskaun tahunan | 10% diskaun untuk langganan 6 bulan, percuma 2 bulan untuk langganan setahun |
Keputusan
Kedua-dua sistem automasi mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Jika anda baru berkecimpung dalam dunia e-commerce, anda boleh mencuba wasep.me secara percuma yang memberi fungsi asas.
Jika anda telah menjana pendapatan yang steady anda lebih disarankan menggunakan Yezza Growth untuk fungsi Order form dan follow up yang pasti menjimatkan masa.
Info lanjut
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di website rasmi wasep.me & Yezza.