Bila kita bercakap mengenai strategi digital marketing (pemasaran digital) di Malaysia, maka terlalu banyak strategi yang boleh dilakukan dan akan sentiasa berubah saban tahun. Apa yang perlu kita terima adalah, realiti trend digital marketing pada masa kini yang terlalu cepat berubah. Kadang-kadang, teknik yang digunakan pada tahun sebelumnya sudah tidak menampakkan hasil yang jitu jika diaplikasikan pada tahun-tahun seterusnya.
Disinilah pentingnya bagi pemilik perniagaan (business owner) untuk sentiasa mengikuti trend terkini bagi memastikan strategi yang digunakan berjaya justeru dapat membantu anda untuk melihat kemana hala tuju bisnes anda pada masa akan datang.
Bagi membantu anda mengetahui strategi digital marketing 2021, kami di Dezeek telah menyenaraikan beberapa strategi yang sesuai untuk diaplikasikan pada tahun 2021.
Table of Contents
1. Tingkatkan Penggunaan Sosial Media
Seperti tahun sebelumnya, penggunaan sosial media sangat memainkan peranan penting bagi setiap bisnes di Malaysia. Tambahan pula dengan situasi pandemik Covid-19, kebanyakan waktu akan dihabiskan dengan kegiatan yang dilakukan secara dalam talian (online). Pemilik perniagaan seharusnya mengambil kesempatan untuk sentiasa menunjukkan kewujudan bisnes melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Antara strategi yang boleh dilakukan oleh business owner adalah dengan memaparkan berkenaan produk yang dijual, testimoni pelanggan, kajian yang telah dilakukan terhadap produk yang dijual serta nilai (value) dan budaya di tempat kerja.
Untuk memastikan penggunaan sosial media yang konsisten, antara cara yang boleh dilakukan oleh business owner ialah dengan merangka jadual berkenaan posting yang akan dikongsikan di media sosial setiap hari.
2. Bekerjasama dengan micro-influencer
Adakah business owner perlu bekerjasama dengan micro-influencer? Ya, semestinya. Untuk mendapatkan pengikut (followers) dengan lebih cepat, kolaborasi dengan micro-influencer adalah cara yang lebih mudah. Hal ini demikian kerana micro-influencer telah mempunyai followers sedia ada dan dapat meyakinkan bakal pelanggan dengan lebih mudah. Perlu diingatkan disini, jumlah followers tidak semestinya memainkan peranan utama di dalam pemilihan influencer. Tetapi apa yang perlu diutamakan adalah target audience atau siapa bakal pelanggan anda.
Sebagai contoh, antara micro-influencer bagi niche kecantikan adalah Iman Abdul Rahim . Mungkin masih ada yang belum kenal, tapi cuba tanyakan siapa Iman Abdul Rahim pada mereka yang minat berkenaan penjagaan kulit. 90% akan kenal siapa beliau. Disinilah influencer memainkan peranan dengan mempromosikan sesuatu yang ditawarkan kepada followers yang mempunyai kecenderungan minat dengan produk yang ditawarkan.
3. Video adalah strategi digital marketing terkini
Dengan kewujudan Instagram reels, admin tidak dapat nafikan bahawa video sudah menjadi strategi utama digital marketing bagi tahun 2021. Orang ramai lebih mudah mengakses video pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya dengan kewudujan Tik Tok dan Instagram Reels.
Berdasarkan kajian di Hootsuite; semakin ramai audience yang melihat Reels anda, semakin bertambah peluang anda untuk mempunyai followers baru. Admin sendiri setuju dengan kajian tersebut, sebab admin juga lebih banyak follow akaun baru selepas melihat Reels. Jadi, apa sebab anda untuk tidak gunakan Instagram Reels sebagai strategi seterusnya?
4. Penggunaan Google My Business dan Local SEO
Mungkin ada bisnes owner yang belum memanfaatkan sepenuhnya Google My Business. Jika anda mempunyai perniagaan sendiri yang memerlukan pelanggan ke kedai, anda wajib meletakkan servis anda di Google.
Untuk yang masih belum tahu apa itu Google My Business; Google My Business ialah tools percuma yang digunakan untuk menunjukkan kewujudan sesuatu bisnes di Google termasuk Search dan Maps. Anda boleh meletakkan nama bisnes dan servis, lokasi, nombor telefon dan masa operasi supaya senang untuk pelanggan mencari servis anda. Selain itu, anda juga boleh dapatkan review dari pelanggan yang telah menggunakan servis anda. Hal ini membolehkan bakal pelanggan melihat rating servis yang telah diberikan pelanggan terdahulu bagi meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan terhadap servis anda.
5. Facebook Shop dan Instagram Shop
Facebook telah memperkenalkan fungsi Facebook Shop pada tahun 2020.
Penggunaan feature Shop menjadi lebih mudah kerana pelanggan terus dapat melihat semua item berserta harga di Shop. Kewujudan Facebook Shop dan Instagram Shop memudahkan business owner jika anda mempunyai website sendiri.
Kenapa?
Sebab anda dapat menarik pelanggan dari Facebook dan Instagram terus masuk ke website anda. Bagi pengguna Facebook Pixel, ini adalah satu bonus kerana dapat melakukan teknik remarketing pada masa akan datang.
Tapi, macam mana kalau ada business owner yang tidak ada website? Jangan risau, anda masih boleh menggunakan feature Facebook Shop jika tidak mempunyai website. Caranya, pastikan anda memilih checkout method ‘Checkout with messaging’ semasa install Facebook Shop. Dengan ini, jika pelanggan klik pada tag product, pelanggan akan terus ke aplikasi messenger atau WhatsApp anda.
Kesimpulan
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menggunakan teknik atau strategi digital marketing yang telah kami terangkan di atas. Strategi ini merupakan antara strategi digital marketing yang terbukti berkesan pada tahun 2021 di Malaysia. Selamat mencuba!