Tag: yezza

  • Perbandingan Sistem Ecommerce Mudah –  Wasep.me Vs Yezza

    Perbandingan Sistem Ecommerce Mudah – Wasep.me Vs Yezza

    Hari ini terdapat pelbagai medium untuk pemilik bisnes atas talian memaksimumkan keuntungan. Daripada membalas satu persatu pertanyaan pelanggan, anda sekarang boleh memudahkan lagi pengalaman membeli dengan mengautomasikan bisnes online anda.

    Terdapat pelbagai platform untuk anda mengautomasikan bisnes seperti wasep.me dan Yezza. Tetapi mana satu yang terbaik dan akan menjadi pilihan anda?

    Jangan risau kerana dalam entri kali ini saya akan membuat perbandingan antara kedua-dua sistem ini. Teruskan membaca.

    Apa itu Wasep.me?

    Wasep.me merupakan sebuah sistem yang mempunyai tujuan untuk membantu anda mengelak masalah maklumat pelanggan yang berterabur atau hilang di Whatsapp. Sistem wasep.me dapat menjimatkan masa anda dengan menyediakan kedai online dilengkapi dengan maklumat jualan, jumlah stok, serta sistem pembayaran. Dengan ini, pelanggan dapat membuat pesanan tanpa perlu bertanya soalan berulang-kali.

    Wasep.me dibangunkan oleh Digital Adage Sdn Bhd.

    Apa itu Yezza?

    Yezza pula merupakan whatsapp storefront yang boleh digunakan pemilik bisnes di luar sana. Dengan menjanjikan lebih dari 20 cara pembayaran, pelanggan lebih mudah membuat pilihan dan meneruskan pembelian.

    Yezza dibangunkan oleh Yezza Tech Sdn Bhd.

    Perbandingan Wasep.me vs Yezza

    Untuk memudahkan pembaca, saya akan membuat perbandingan mengikut tier harga.

    Pelan Percuma

    Featureswasep.me StartupYezza Start
    Yuran bulananRM 0RM 50 (Percuma trial)
    Order form3
    Bilangan produk10
    Bilangan admin3

    Pelan Premium

    Untuk wasep.me, terdapat 2 pelan berbayar sementara Yezza hanya mempunyai 1 pelan berbayar.

    OFeatureswasep.me PremiumYezza Growthwasep.me Platinum
    Yuran Bulanan RM 45RM 197RM 99
    Order Form10
    Bilangan produk1000Tiada had
    Nombor Whatsapp (Sales team)
    5 nomborTiada hadTiada had
    Kaedah bayaranTunai, pemindahan bank, toyyib Paye-Wallet, Kad Kredit dan Debit, FPXTunai, pemindahan bank, toyyib Pay
    PenghantaranLALAMOVE, Easyparcel, DelyvaEasyParcel & Yezza Shipping (direct)LALAMOVE, Easyparcel, Delyva
    DomainSubdomain dan custom domainSubdomain dan custom domainSubdomain dan custom domain
    Sistem ejenSistem DropshipKomisen mengikut tierSistem Dropship
    SMSTersediaTersediaTersedia
    Diskaun langganan10% diskaun untuk langganan 6 bulan, percuma 2 bulan untuk langganan setahun15% diskaun tahunan10% diskaun untuk langganan 6 bulan, percuma 2 bulan untuk langganan setahun

    Keputusan

    Kedua-dua sistem automasi mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Jika anda baru berkecimpung dalam dunia e-commerce, anda boleh mencuba wasep.me secara percuma yang memberi fungsi asas.

    Jika anda telah menjana pendapatan yang steady anda lebih disarankan menggunakan Yezza Growth untuk fungsi Order form dan follow up yang pasti menjimatkan masa.

    Info lanjut

    Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di website rasmi wasep.me & Yezza.

  • Perbandingan Sistem Ecommerce Berasaskan Whatsapp – Orderla Vs Yezza

    Perbandingan Sistem Ecommerce Berasaskan Whatsapp – Orderla Vs Yezza

    Anda dah bersedia nak automasikan jualan melalui online. Tetapi tidak pasti nak gunakan platform apa.

    Selama ini anda cuma guna Whatsapp untuk dapatkan jualan. Bila ada sistem yang menjanjikan jualan ataupun leads dengan lebih pantas, anda terpaksa buat pilihan.

    Jangan risau. Dalam entri kali ini, kami akan senaraikan perbandingan yang jujur, adil dan sentiasa dikemaskini antara Orderla vs Yezza.

    Tujuannya untuk membantu anda buat pilihan yang sesuai dengan objektif dan keperluan perniagaan anda.

    Apa itu Orderla.my?

    Menurut website rasmi, Orderla “Membantu anda membina order page yang boleh dihantar melalui WhatsApp.”

    Orderla dibangunkan oleh iReka Soft.

    Apa itu Yezza?

    Dalam bahasa yang mudah, ‘WhatsApp storefront for online sellers’.

    Yezza dibangunkan oleh Yezza Tech Sdn Bhd.

    Carta Perbandingan Orderla vs Yezza

    Sekali imbas, nampak kedua-dua hampir sama. Tapi apakah perbezaannya?

    Kami senaraikan ciri-ciri utama dengan perbezaan yang ketara dari segi data.

    Untuk mudahkan paparan, kami pecahkan mengikut tier harga.

    Pelan Percuma / Freemium

    FeaturesOrderla BasicYezza Start
    Yuran bulananRM 0RM 50 (percuma trial)
    Order Form33
    Bilangan produk15
    Bilangan admin13

    Pelan Premium

    FeaturesOrderla ProYezza Growth
    Yuran bulananRM 100RM 197
    Order Form3010
    Bilangan produk2,000
    Bilangan admin510
    Nombor Whatsapp (Sales team)500Tiada had
    Inventori & orderDalamanBoleh integrasi dengan Woocommerce, Shopify
    PenghantaranEasyParcel, DelyvaEasyParcel & Yezza Shipping (direct)
    DomainSubdomainSubdomain & custom domain
    Sistem ejenKomisen mengikut tier
    SMSSMSniagaTersedia
    Integrasi APIZapier, Integromat
    Addon pakejTidakBoleh

    Keputusan

    Tak dinafikan setiap platform mempunyai kelebihan masing-masing. Jika anda masih baru dalam bidang ecommerce, anda boleh gunakan Orderla secara percuma dengan fungsi asas.

    Jika anda memang sudah menjana jualan 5 angka setiap bulan, anda boleh guna Yezza Growth untuk lebih automasi terutamanya berkenaan fungsi follow up yang pasti menjimatkan masa dan tenaga.

    Info lanjut

    Anda boleh dapatkan di website rasmi Yezza & Orderla

WhatsApp