10 Perkara Pemilik Bisnes Perlu Tahu Sebelum Guna TikTok Untuk Pasarkan Produk/Servis

Guna Tiktok untuk personal & bisnes tak sama. Buat Tiktok untuk personal lebih mudah sebab anda boleh pelbagai video dan fokus pada personal branding.

Tetapi bila nak buat untuk bisnes, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Jom tonton video ini untuk penjelasan lanjut.

Persediaan Sebelum Buat TikTok Bagi Pemilik Bisnes

1. Kena ada objektif yg jelas

Adakah audience ada di situ?

Jika anda memang sudah mengumpul ada followers di channel lain seperti Instagram dan Facebook, maka lebih mudah nak bina dan dapat banyak followers dalam masa yang singkat.

Anda hanya perlu umumkan di channel utama anda ‘Kami kini sudah ada di TikTok’.

Seterusnya apakah objektif anda nak ada akaun TikTok? Adakah untuk tujuan awareness, engagement, followers. trafik atau sales?

Jika anda sudah jelas, dari situ anda boleh susun sumber manusia dan bajet untuk mencapai objektif tersebut.

2. Bisnes anda menjual produk atau servis?

Jika anda menjual produk atau consumer packaged goods (CPG), maka agak mudah sebab anda boleh pegang dan buat demonstrasi produk.

Anda boleh rakam dan tunjuk cara menggunakan sesuatu fungsi produk. Anda juga boleh buat tutorial ringkas untuk tujuan yang sama.

Jika anda ada banyak produk, tiada masalah. Lebih banyak video boleh dihasilkan.

Setiap video tunjuk produk berbeza. Demo, tutorial, cara penjagaan dan sebagainya.

Bagaimana dengan bisnes servis atau consultation? Anda boleh kongsikan tips dan ilmu berkaitan industri anda.

Ada sesetengah servis, anda juga boleh tunjukkan demo atau cara-cara untuk membuat servis sendiri seperti menyelenggara pendingin hawa (air-cond) atau membaiki telefon.

3. Siapa yang akan rancang dan buat?

Kalau baru start, anda owner, anda kena buat semua. One man show.

Kalau ada team marketing, mereka boleh uruskan. Yang penting di sini ialah siapa yang akan jadi ‘wajah’ atau ‘muka depan’ yang akan selalu muncul dalam akaun TikTok tersebut.

Hos atau pengacara ini sangat penting dalam TikTok kerana dengan muka, ada emosi dan mampu menarik penonton untuk mengikuti akaun TikTok anda.

Tetapi jika anda segan atau malu, boleh sahaja buat video tutorial dengan tangan, objek dan sebagainya.

4. Perkakas dan kelengkapan untuk penggambaran

Telefon pintar zaman sekarang sudah ada kamera hadapan yang berkualiti. Anda boleh guna iPhone, Pixel dan pelbagai lagi peranti untuk merakam video.

Pencahayaan juga sangat penting. Anda boleh tambah baik lighting seperti ring light atau soft box. Jika anda shooting di luar atau outdoor, pastikan cahaya matahari tidak terlalu terang atau backlight akan menyebabkan exposure tak cantik.

Kebanyakan telefon juga punyai mikrofon yang berkualiti, jika anda rakam secara dekat. Jika anda ingin merakam dengan jarak yang lebih jauh, dapatkan mikrofon tanpa wayar atau Bluetooth supaya suara lebih jelas.

Selain itu juga, tripod untuk memegang segala peralatan adalah sangat penting. Tripod ada pelbagai jenis dari segi harga dan saiz. Terpulang kepada bajet dan kesesuaian anda.

5. Jadual editorial

Tiktok mensarankan agar setiap hari sekurang-kurangnya 2 video. Susun jadual supaya anda/team boleh upload secara konsisten. setiap hari.

Apakah topik utama berkaitan bisnes, produk dan servis anda? Ada masa juga anda boleh yang ikut trend hashtag yang ada dalam tab Discover.

6. Susun sumber manusia & jadual kerja

Jika anda one man show, pasti banyak kerja nak buat selain daripada marketing.

Sama juga jika anda ada team marketing, mereka pun ada pelbagai kerja hakiki yang perlu diberi keutamaan.

Tak dinafikan, nak menghasilkan video TikTok yang berkualiti perlu memakan masa.

Kita dan pasukan kita hanya ada 24 jam sehari. Waktu kerja hanya 8 jam sehari maksima. Dari situ perlu susun jadual supaya dapat hasilkan video yang baik.

Proses normal untuk menghasilkan video:

  • Brainstorm idea
  • Content planning
  • Penyediaan skrip
  • Shooting video
  • Editing
  • Publishing
  • Distribution dan repurpose

7. Gunakan TikTok Ads

Buat jika mmg nak tarik audience anda utk jadi lead/customer. Konsepnya sama, gunakan pendekatan brand awareness dan cold audience.

Elok guna video seperti User Generated Content (UGC) dan ala-ala TikTok dimana formatnya menegak beserta caption (font & background) seperti di edit dalam TikTok.

Sama macam platform ads lain, kena buat campaign, monitor performance secara berkala.

8. Jenis Akaun TikTok

TikTok anda dua jenis akaun.

  • Creator
  • Business account

Secara default, akaun anda ialah Creator. Anda boleh pilih untuk tukar kepada business account dan anda akan dapat akses kepada analytics yang lebih terperinci.

Apa kekurangannya?

Yang jelas ialah dari segi penggunaaan lagu atau commercial sounds

Akaun bisnes tidak boleh cari lagu-lagu yang sedang trending. Hanya ada commercial sounds sahaja..

9. Profil yang Lengkap

Jika video anda masuk FYP, kebiasaannya pengguna akan melawat profil anda untuk mengetahui siapakah pemilik akaun dan apakah video-video yang anda pernah terbitkan.

Oleh itu sangat penting untuk anda melengkapkan profil dengan logo brand, description, link ke akaun social media, link ke website atau Linktree/Campsite, Q&A, playlist dan sebagainya.

10. Ukur keberkesanan dan prestasi

Khas untuk akaun Business, anda boleh guna Tiktok analytics untuk lihat apa video ramai views, apa jadi apa tak. Improvise dari situ.

Jika anda akses daripada desktop, anda boleh login dan lihat maklumat analytics seperti berikut.

Jangan lupa setup juga Google Analytics di website anda supaya nampak customer journey mereka.

Penutup

Semoga artikel pada kali ini membantu anda untuk membuat keputusan dan merancang content-content yang menarik untuk dikongsikan dalam akaun TikTok bisnes anda.

2 comments

  1. Alhamdulillah terima Kasih banyak2 dah berkongsi ilmu halalkan dan ikhlas ilmunya saya copy.
    Saya baru nak belajar buat akaun tiktok bisnes.

Leave a comment

Your email address will not be published.