Checklist Sebelum Anda Mula Untuk Setup Iklan di Facebook (Meta)

Meta merupakan sebuah platform yang sangat mementingkan integriti dan ketelusan apabila pengiklan nak menggunakan platform mereka.

Atas dasar keselamatan dan untuk mengelak pihak scammer, Meta sangat kritikal terhadap pengesahan pengiklan berbayar di laman media sosial mereka seperti Facebook dan Instagram.

Dalam artikel kali ini, kami sediakan senarai lengkap yang anda perlu sediakan jika anda ingin mengembangkan bisnes anda dengan lebih data-driven.

Apabila nak setup akaun Business Manager (BM) yang baru, anda kena pastikan anda ada perkara-perkara berikut:

Profile personal

  • Email address
  • No telefon
  • Whatsapp

Untuk akaun personal, anda perlu buat pengesahan identiti. Anda boleh gunakan dokumen seperti:

  • Kad Pengenalan / MyKad

Business Manager

Berikut pula ialah contoh dokumen yang diperlukan jika anda ingin memastikan perniagaan anda mematuhi segala keperluan Meta.

  • Syarikat SSM – Certificate/Articles of incorporation
  • Milikan tunggal atau perkongsian – SSM – Business registration or license document
  • LHDN – Government-issued business tax document: This could include a tax certificate. Self-filed tax documents are not accepted.
  • Bank statement seperti Maybank, CIMB dan lain-lain. Pastikan alamat sama seperti yang diisi.
  • Bil utility seperti TNB, bil air, bil telefon, bil internet. Pastikan alamat sama.

Nota: Untuk sesetengah perniagaan, ada yang menyewa premis. Ini menyebabkan nama dan alamat bil tidak sama. Jika bil utiliti seperti elektrik dan air menggunakan nama pemilik, maka anda boleh daftar telefon dan internet guna nama syarikat.

Jika anda setup bagi pihak klien, akan ada beberapa kali pengesahan atau 2 factor authentication diperlukan.

  1. Email. Jika guna Gmail juga perlukan pengesahan di telefon untuk keselamatan serta memilih nombor tertentu
  2. No telefon (Kod boleh dihantar terus kepada SMS ataupun Whatsapp)

Oleh itu, anda hendaklah meminta kerjasama klien untuk bantu memberikan maklumat dengan segera. Lebih sesuai jika sepanjang proses pengesahan ini, anda berapa secara bersemuka.

Lead Generation

Seterusnya, jika anda ingin membuat iklan yang menggunakan Lead Form, anda perlu sediakan:

  • Polisi privasi

Anda boleh gunakan beberapa website untuk generate polisi tersebut. Antaranya:

  • Termify.io
  • GetTerms.io
  • Free Privacy Policy

Jika anda tiada website, anda boleh link kan terus ke website mereka. Jika ada website lebih baik. Anda boleh salin dan buat satu page khas seperti contoh privacy policy Dezeek ini.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp