Dalam video kali ini, saya buatkan tutorial untuk menggunakan Tiktok Promote.
Semoga bermanfaat.
(more…)Dalam video kali ini, saya buatkan tutorial untuk menggunakan Tiktok Promote.
Semoga bermanfaat.
(more…)Ramai yang mengambil langkah untuk berniaga online untuk menjana pendapatan sampingan. Lagi-lagi dengan merebaknya wabak Covid-19, bisnes secara online semakin menjadi trend.
Antara platform popular yang peniaga gunakan adalah Shopee.
Selain cara daftar dan berniaga yang tidak serumit seperti membuka kedai fizikal, Shopee dikatakan sebagai tapak panas untuk jana pendapatan. Mana tidaknya, bilangan pelawat dianggarkan lebih 650,00 orang sehari!
Walaupun seramai itu setiap hari, ia tetap bergantung kepada beberapa perkara seperti faktor kedudukan produk anda hasil carian pelanggan di Shopee dan juga psikologi mereka ketika membeli di Shopee.
Inilah permainan yang dimaksudkan. Artikel ini lebih tertumpu kepada psikologi dan behavior pembeli Shopee.
Semasa seorang pelanggan Shopee mencari produk, psikologi mereka tertumpu pada 4 point dibawah :
– Harga
– Rating dan Review
– Jumlah Jualan
– Offer-offer tambahan
Yang paling murah, itulah mentaliti masyarakat apabila membeli di Shopee.
Sebaik sahaja keluar hasil carian, mata akan scan harga mana yang berada lebih murah, atau sekurang-kurangnya berada di dalam bajet pembelian mereka.
Jika kita menjual produk yang mempunyai persaingan tinggi, perang harga akan berlaku. Dan ini akan kelihatan pada 2 page pertama sahaja.
Boleh jadi, anda set harga item below market price tapi masih kurang pembeli. Ini kerana produk anda jauh di page belakang.
Apabila pelanggan susun carian mengikut harga, ada peluang untuk item anda muncul. Tapi masih tertakluk kepada point kedua.
Ini yang membezakan anda dengan scammer di dalam Shopee.
Pelanggan sudah semestinya tidak mahu kena tipu. Dan rating adalah garis pemisah antara anda dan juga scammer di Shopee.
Pelanggan yang berhati-hati biasanya akan menghubungi seller menerusi ruang chat dan mula bertanya soalan berkenaan item yang anda jual.
Mungkin apa yang mereka tanya sudah pun terjawab di dalam produk description. Usah mengeluh. Ini adalah langkah buyer untuk memastikan anda bukan scammer.
Maka jawablah chat dengan baik dan pantas untuk close sale.
Jika anda sudah menawarkan harga kompetitif, ia hanya memerlukan satu 5-Star rating dan 1 comment terbaik dari pelanggan sahaja. InsyaAllah, selepas itu roda rezeki akan mula berputar laju.
Namun di Shopee, rating biasanya akan diberikan pelanggan berdasarkan kepantasan process delivery. Kemudian barulah kondisi item yang dijual.
Ini kelihatan kurang adil apabila barang anda mendapat rating kurang memuaskan dek penghantaran yang lambat.
Tapi ingat, antara psikologi umum pembeli di Shopee.
Maka pilihlah syarikat yang terbaik untuk penghantaran.
Semakin banyak item anda yang berjaya dijual, semakin anda dipercayai pelanggan. Jumlah item terjual memberi indikasi halus kepada pelanggan yang anda peniaga yang telah matang dan berpengalaman dalam menjual item yang mereka cari
Selain itu, ini juga akan menambah point relevancy pada search engine Shopee. Maka item akan lama-kelamaan muncul lebih awal dalam page carian.
Boleh jadi muncul di page pertama. Tak perlu pakai Shopee ads pun!
Jumlah jualan dan rating saling berkait rapat. Jika kedua-dua poin ini sangat kuat, adakalanya pembeli sanggup membeli dengan anda walaupun ada penjual lain yang menawarkan harga yang lebih murah.
Jika item anda bersaing rapat dengan item seller yang lain, point ke-4 adalah penentu pilihan pelanggan.
Ada potongan lagi tak?
Ada free shipping ke tak?
Semestinya dengan side offer ini lebih menguntungkan atau menjimatkan duit mereka.
Dengan keempat-empat poin ini dipenuhi, 99% pelanggan akan membeli dengan anda.
Walaupun Shopee adalah sebuah marketplace yang besar, tapi ia tetap tidak lari dari terikat dengan psikologi pembeli.
Sebagai seller, anda perlu tahu beberapa tips dan teknik sebelum mula menjual di sana.
Perlu diingatkan juga yang Shopee akan mengambil 2% daripada harga porduk anda sebaik sahaja ianya terjual. Jadi letakkan harga yang bersesuaian dengan barang atau item anda.
Sekiranya berminat untuk info lanjut berkaitan perniagaan di Shopee, boleh dapatkan ebook 16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee di sini.
Baca lebih lanjut tentang taktitk pemasaran instagram di sini.
Gambar kredit: South China Morning Post
Berikut ialah 5 Perbezaan Akaun Tiktok Jenis Creator & Business Yang Anda Patut Tahu
Saksikan video untuk penerangan lanjut.
Hari ini terdapat pelbagai medium untuk pemilik bisnes atas talian memaksimumkan keuntungan. Daripada membalas satu persatu pertanyaan pelanggan, anda sekarang boleh memudahkan lagi pengalaman membeli dengan mengautomasikan bisnes online anda.
Terdapat pelbagai platform untuk anda mengautomasikan bisnes seperti wasep.me dan Yezza. Tetapi mana satu yang terbaik dan akan menjadi pilihan anda?
Jangan risau kerana dalam entri kali ini saya akan membuat perbandingan antara kedua-dua sistem ini. Teruskan membaca.
Wasep.me merupakan sebuah sistem yang mempunyai tujuan untuk membantu anda mengelak masalah maklumat pelanggan yang berterabur atau hilang di Whatsapp. Sistem wasep.me dapat menjimatkan masa anda dengan menyediakan kedai online dilengkapi dengan maklumat jualan, jumlah stok, serta sistem pembayaran. Dengan ini, pelanggan dapat membuat pesanan tanpa perlu bertanya soalan berulang-kali.
Wasep.me dibangunkan oleh Digital Adage Sdn Bhd.
Yezza pula merupakan whatsapp storefront yang boleh digunakan pemilik bisnes di luar sana. Dengan menjanjikan lebih dari 20 cara pembayaran, pelanggan lebih mudah membuat pilihan dan meneruskan pembelian.
Yezza dibangunkan oleh Yezza Tech Sdn Bhd.
Untuk memudahkan pembaca, saya akan membuat perbandingan mengikut tier harga.
Pelan Percuma
Features | wasep.me Startup | Yezza Start |
Yuran bulanan | RM 0 | RM 50 (Percuma trial) |
Order form | – | 3 |
Bilangan produk | 10 | |
Bilangan admin | – | 3 |
Pelan Premium
Untuk wasep.me, terdapat 2 pelan berbayar sementara Yezza hanya mempunyai 1 pelan berbayar.
OFeatures | wasep.me Premium | Yezza Growth | wasep.me Platinum |
Yuran Bulanan | RM 45 | RM 197 | RM 99 |
Order Form | – | 10 | – |
Bilangan produk | 1000 | – | Tiada had |
Nombor Whatsapp (Sales team) | 5 nombor | Tiada had | Tiada had |
Kaedah bayaran | Tunai, pemindahan bank, toyyib Pay | e-Wallet, Kad Kredit dan Debit, FPX | Tunai, pemindahan bank, toyyib Pay |
Penghantaran | LALAMOVE, Easyparcel, Delyva | EasyParcel & Yezza Shipping (direct) | LALAMOVE, Easyparcel, Delyva |
Domain | Subdomain dan custom domain | Subdomain dan custom domain | Subdomain dan custom domain |
Sistem ejen | Sistem Dropship | Komisen mengikut tier | Sistem Dropship |
SMS | Tersedia | Tersedia | Tersedia |
Diskaun langganan | 10% diskaun untuk langganan 6 bulan, percuma 2 bulan untuk langganan setahun | 15% diskaun tahunan | 10% diskaun untuk langganan 6 bulan, percuma 2 bulan untuk langganan setahun |
Kedua-dua sistem automasi mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Jika anda baru berkecimpung dalam dunia e-commerce, anda boleh mencuba wasep.me secara percuma yang memberi fungsi asas.
Jika anda telah menjana pendapatan yang steady anda lebih disarankan menggunakan Yezza Growth untuk fungsi Order form dan follow up yang pasti menjimatkan masa.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di website rasmi wasep.me & Yezza.
Anda dah bersedia nak automasikan jualan melalui online. Tetapi tidak pasti nak gunakan platform apa.
Selama ini anda cuma guna Whatsapp untuk dapatkan jualan. Bila ada sistem yang menjanjikan jualan ataupun leads dengan lebih pantas, anda terpaksa buat pilihan.
Jangan risau. Dalam entri kali ini, kami akan senaraikan perbandingan yang jujur, adil dan sentiasa dikemaskini antara Orderla vs Yezza.
Tujuannya untuk membantu anda buat pilihan yang sesuai dengan objektif dan keperluan perniagaan anda.
Menurut website rasmi, Orderla “Membantu anda membina order page yang boleh dihantar melalui WhatsApp.”
Orderla dibangunkan oleh iReka Soft.
Dalam bahasa yang mudah, ‘WhatsApp storefront for online sellers’.
Yezza dibangunkan oleh Yezza Tech Sdn Bhd.
Sekali imbas, nampak kedua-dua hampir sama. Tapi apakah perbezaannya?
Kami senaraikan ciri-ciri utama dengan perbezaan yang ketara dari segi data.
Untuk mudahkan paparan, kami pecahkan mengikut tier harga.
Features | Orderla Basic | Yezza Start |
---|---|---|
Yuran bulanan | RM 0 | RM 50 (percuma trial) |
Order Form | 3 | 3 |
Bilangan produk | 15 | |
Bilangan admin | 1 | 3 |
Features | Orderla Pro | Yezza Growth |
---|---|---|
Yuran bulanan | RM 100 | RM 197 |
Order Form | 30 | 10 |
Bilangan produk | 2,000 | |
Bilangan admin | 5 | 10 |
Nombor Whatsapp (Sales team) | 500 | Tiada had |
Inventori & order | Dalaman | Boleh integrasi dengan Woocommerce, Shopify |
Penghantaran | EasyParcel, Delyva | EasyParcel & Yezza Shipping (direct) |
Domain | Subdomain | Subdomain & custom domain |
Sistem ejen | – | Komisen mengikut tier |
SMS | SMSniaga | Tersedia |
Integrasi API | Zapier, Integromat | – |
Addon pakej | Tidak | Boleh |
Tak dinafikan setiap platform mempunyai kelebihan masing-masing. Jika anda masih baru dalam bidang ecommerce, anda boleh gunakan Orderla secara percuma dengan fungsi asas.
Jika anda memang sudah menjana jualan 5 angka setiap bulan, anda boleh guna Yezza Growth untuk lebih automasi terutamanya berkenaan fungsi follow up yang pasti menjimatkan masa dan tenaga.
Live selling ataupun jualan semasa membuat sesi ‘Live’ di Facebook atau Instagram kini semakin popular sejak pandemik Covid-19.
Mari kita lihat apa kelebihan Shopline bagi pemula dalam bidang ecommerce.
Terdapat pelbagai theme yang boleh dipilih tanpa perlu menulis code. Boleh drag & drop dan upload gambar untuk banner dan pelbagai lagi.
Semasa anda sedang buat live samada di Facebook atau Instagram, jika ada penonton yang menulis komen dengan perkataan tertentu seperti ‘NAK’ atau ‘PM’ (anda boleh tentukan), sistem Shopline boleh bantu terus hantar mesej PM kepada penonton tersebut.
Search Engine Optimization boleh ditetapkan dalam home, page dan product page. Anda juga boleh menulis artikel blog untuk berkongsi kepakaran anda berkaitan produk yang dijual.
Jika buat iklan samada Facebook atau Google Ads, anda pasti ingin data conversion dicatat. Shopline membolehkan event tracking supaya nilai jualan dapat dilihat terus dari sistem iklan pilihan anda.
Untuk menambah baik fungsi kedai ecommerce anda, anda boleh pasang pelbagai modul atau app secara percuma. Tak perlu bayaran secara bulanan.
Ini adalah senarai app yang anda wajib pasang!
Simpan database dan gunakan email untuk menyampaikan promosi dan berita terbaru kepada pelanggan anda. Sistem Mailchimp percuma untuk 2,000 contacts.
Jika anda mempunyai followers yang ramai di Instagram, anda boleh masukkan gambar dari akaun Instagram anda ke dalam website.
Dengan sistem affiliate, pelanggan anda akan diberi ganjaran atau insentif tunai dengan setiap transaksi yang berjaya.
Untuk mengekalkan pelanggan sedia ada, anda boleh beri mata ganjaran untuk setiap kali pembelian.
Berikut ialah harga langganan bagi sistem ecommerce Shopline. Ianya sangat berpatutan lebih-lebih lagi apabila anda tidak perlu membayar setiap bulan untuk app tambahan.
Jika anda mendapatkan pakej Essential, anda hanya perlu membayar $69 sebulan, lebih kurang RM300 sebulan.
Video kali ini, saya kongsi mengenai cara berniaga di TikTok. TikTok merupakan platform media sosial yang sangat popular dikalangan pengguna.
Ramai pemilik bisnes yang ingin terjun ke dalam platform ini. Video ini saya kongsikan apakah cara berniaga di TikTok yang anda perlu tahu.
1:22 – Jenis akaun – Creator vs Bisnes
3:00 – Apakah bentuk content berdasarkan jenis bisnes?
4:22 – Siapakah yang jadi ‘muka depan’ / watak utama?
6:20 – Organic vs paid marketing
8:43 – Kelebihan membuat iklan di TikTok ads
10:29 – Bagaimana nak masuk FYP dengan cara organik?
Daftar Sekarang Kelas TikTok BUWATJE : CONTENT RAYA BOOSTER MASTERCLASS
TikTok merupakan sebuah aplikasi media sosial yang cukup berpengaruh abad ini. Penggunanya terdiri daripada pelbagai peringkat usia, baik dari sekecil-kecil anak sehinggalah seusia warga emas. Aplikasi ini juga memberi tanggapan berbeza bagi mereka yang menggunakannya.
Setelah memulakan akaun Tiktok saya pada tahun 2019, saya telah mencuba pelbagai teknik untuk menambah bilangan views.
Namun, tahukah anda bahawa aplikasi ini mampu memberi lebih banyak kelebihan terutamanya dalam bidang pemasaran?
(more…)Pertama di Malaysia!
Memang tak pernah diadakan conference seperti ni di Malaysia.
Instagram Marketing Conference 2022 akan berlangsung ekslusif selama 3 hari dari 3 – 5 Disember 2021.
Ini adalah peluang terbaik untuk semua founder brand, solopreneur, freelancer, reseller, affiliates, creator dan influencer untuk mengembangkan jenama sendiri di Instagram.
Antara kelebihan yang jarang kita temukan ialah Instagram Marketing Conference 2022 menggabungkan 30+ speaker di dalam satu program.
Dengan menyertai program ini, pastinya dapat membantu anda untuk hasilkan content yang gempak, tingkatkan engagement serta naikkan sale sebanyak 10x pada era endemik ni.
Pastinya, kita telah belajar bahawa agak sukar untuk lakukan marketing sejak pandemik Covid-19 melanda.
Namun dengan adanya program seperti ini, speaker yang dijemput telah mempunyai pengalaman yang diaplikasikan semasa era pandemik yang mana mendatangkan hasil bagi bisnes mereka.
Jadi mungkin kita juga akan mendapat manfaat dan keuntungan yang sama apabila mengaplikasikan teknik yang dilakukan oleh para speaker ini.
Cuba bayangkan jika kita dapat mengetahui teknik yang selama ini owner bisnes ini gunakan.
Mereka bukanlah calang-calang orang. Setiap dari speaker jemputan mempunyai bisnes yang sangat tidak asing lagi dalam dunia Instagram Marketing.
Antara speaker jemputan yang akan berada di program ini adalah:
Program ini merupakan program yang julung kali diadakan.
Jadi, tak salah rasanya jika kita beri peluang kepada diri sendiri untuk belajar tingkatkan skills Di Instagram.
Melalui program ini, kita akan belajar asas bagaimana untuk membina brand di Instagram dalam tempoh yang singkat.
Tapi apabila anda join program ni, anda akan dapat belajar tentang strategy content yang proven tingkatkan engagement, teknik rancang content dan guide untuk create content yang WOW!
Tak berkembang tapi tak juga merudum – fasa stagnant yang tak ada perubahan.
Apa salahnya jika kita belajar untuk rahsia bagaimana sales anda boleh meningkat 3X 5X 10X guna Media Sosial!
Semua peserta ini akan dimasukkan ke dalam sebuah group FB ekslusif bagi berkongsi pendapat, idea dan support.
Best kan?
Dari situ, anda akan dapat perkongsian percuma dari speaker supaya kekal on-track dalam mengembangkan jenama di Instagram supaya tidak tercicir dan lost.
Tidak seperti program biasa, program ini berjaya mengumpulkan speaker yang hebat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam selok-belok bisnes di Instagram.
Mereka merupakan speaker yang mengaplikasikan sendiri apa yang mereka ajar kepada orang lain.
Tambahan lagi, program ini merupakan satu-satunya program yang menumpukan perkembangan bisnes dan teknik di Instagram.
Anda tak akan dapat temui program lain yang akan beri anda pengetahuan dan pendedahan secara mendalam seperti ini.
Di program ini, anda akan dapat terus belajar teknik-teknik yang telah dipelajari.
Apa yang akan diajarkan bukan sekadar teori; tapi anda boleh aplikasikan terus ke bisnes anda.
Melalui program ini, anda akan temui mereka yang mempunyai tujuan yang sama dengan ada.
Dari sini, anda dapat membina network dan connection dari mereka yang mempunyai bidang dan minat yang sama dengan anda.
Jadi, kecenderungan anda untuk membantu dan menyokong antara satu sama lain sangat tinggi.
Jadi, apa tunggu lagi?
Ini merupakan peluang terbaik untuk anda, jangan ketinggalan!
Sertai Instagram Marketing Conference 2022 sekarang.