Tag: tiktok

  • [VIDEO] Cara Naikkan View Dalam Tiktok Dengan Promote

    [VIDEO] Cara Naikkan View Dalam Tiktok Dengan Promote

    Dalam video kali ini, saya buatkan tutorial untuk menggunakan Tiktok Promote.

    Semoga bermanfaat.

    (more…)
  • 9 Idea content TikTok untuk bisnes anda

    9 Idea content TikTok untuk bisnes anda

    TikTok merupakan platform media sosial yang sedang hangat digunakan pada masa kini. Durasi video yang pendek menyebabkan masyarakat gemar meluangkan masa di TikTok. Tahukah anda, secara purata, pengguna TikTok meluangkan masa selama 89 minit sehari di platform ini. Jadi, sebagai pengusaha bisnes, ambillah peluang ini untuk mempromosikan bisnes anda. Jika digunakan sebaiknya, anda pasti dapat meningkatkan jualan dan prestasi bisnes anda.

    Artikel ini akan berkongsi beberapa idea content TikTok untuk bisnes anda.

    (more…)
  • 5 Perbezaan Akaun Tiktok Jenis Creator & Business Yang Anda Patut Tahu

    5 Perbezaan Akaun Tiktok Jenis Creator & Business Yang Anda Patut Tahu

    Berikut ialah 5 Perbezaan Akaun Tiktok Jenis Creator & Business Yang Anda Patut Tahu

    • Bentuk content yang dibenarkan
    • Pemilihan lagu
    • Syarat untuk meletak link website
    • Tools untuk kegunaan bisnes
    • Tools untuk membuat promosi

    Saksikan video untuk penerangan lanjut.

  • [VIDEO] 3 Cara Berniaga Di TikTok Marketer Perlu Tahu

    [VIDEO] 3 Cara Berniaga Di TikTok Marketer Perlu Tahu

    Video kali ini, saya kongsi mengenai cara berniaga di TikTok. TikTok merupakan platform media sosial yang sangat popular dikalangan pengguna.

    Ramai pemilik bisnes yang ingin terjun ke dalam platform ini. Video ini saya kongsikan apakah cara berniaga di TikTok yang anda perlu tahu.

    1:22 – Jenis akaun – Creator vs Bisnes
    3:00 – Apakah bentuk content berdasarkan jenis bisnes?
    4:22 – Siapakah yang jadi ‘muka depan’ / watak utama?
    6:20 – Organic vs paid marketing
    8:43 – Kelebihan membuat iklan di TikTok ads
    10:29 – Bagaimana nak masuk FYP dengan cara organik?

    Daftar Sekarang Kelas TikTok BUWATJE : CONTENT RAYA BOOSTER MASTERCLASS

  • Panduan Lengkap Untuk Tingkatkan Views dan Followers di TikTok (2024)

    Panduan Lengkap Untuk Tingkatkan Views dan Followers di TikTok (2024)

    TikTok merupakan sebuah aplikasi media sosial yang cukup berpengaruh abad ini. Penggunanya terdiri daripada pelbagai peringkat usia, baik dari sekecil-kecil anak sehinggalah seusia warga emas. Aplikasi ini juga memberi tanggapan berbeza bagi mereka yang menggunakannya.

    Setelah memulakan akaun Tiktok saya pada tahun 2019, saya telah mencuba pelbagai teknik untuk menambah bilangan views.

    Namun, tahukah anda bahawa aplikasi ini mampu memberi lebih banyak kelebihan terutamanya dalam bidang pemasaran?

    (more…)
  • 10 Perkara Pemilik Bisnes Perlu Tahu Sebelum Guna TikTok Untuk Pasarkan Produk/Servis

    10 Perkara Pemilik Bisnes Perlu Tahu Sebelum Guna TikTok Untuk Pasarkan Produk/Servis

    Guna Tiktok untuk personal & bisnes tak sama. Buat Tiktok untuk personal lebih mudah sebab anda boleh pelbagai video dan fokus pada personal branding.

    Tetapi bila nak buat untuk bisnes, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

    Jom tonton video ini untuk penjelasan lanjut.

    Persediaan Sebelum Buat TikTok Bagi Pemilik Bisnes

    1. Kena ada objektif yg jelas

    Adakah audience ada di situ?

    Jika anda memang sudah mengumpul ada followers di channel lain seperti Instagram dan Facebook, maka lebih mudah nak bina dan dapat banyak followers dalam masa yang singkat.

    Anda hanya perlu umumkan di channel utama anda ‘Kami kini sudah ada di TikTok’.

    Seterusnya apakah objektif anda nak ada akaun TikTok? Adakah untuk tujuan awareness, engagement, followers. trafik atau sales?

    Jika anda sudah jelas, dari situ anda boleh susun sumber manusia dan bajet untuk mencapai objektif tersebut.

    2. Bisnes anda menjual produk atau servis?

    Jika anda menjual produk atau consumer packaged goods (CPG), maka agak mudah sebab anda boleh pegang dan buat demonstrasi produk.

    Anda boleh rakam dan tunjuk cara menggunakan sesuatu fungsi produk. Anda juga boleh buat tutorial ringkas untuk tujuan yang sama.

    Jika anda ada banyak produk, tiada masalah. Lebih banyak video boleh dihasilkan.

    Setiap video tunjuk produk berbeza. Demo, tutorial, cara penjagaan dan sebagainya.

    Bagaimana dengan bisnes servis atau consultation? Anda boleh kongsikan tips dan ilmu berkaitan industri anda.

    Ada sesetengah servis, anda juga boleh tunjukkan demo atau cara-cara untuk membuat servis sendiri seperti menyelenggara pendingin hawa (air-cond) atau membaiki telefon.

    3. Siapa yang akan rancang dan buat?

    Kalau baru start, anda owner, anda kena buat semua. One man show.

    Kalau ada team marketing, mereka boleh uruskan. Yang penting di sini ialah siapa yang akan jadi ‘wajah’ atau ‘muka depan’ yang akan selalu muncul dalam akaun TikTok tersebut.

    Hos atau pengacara ini sangat penting dalam TikTok kerana dengan muka, ada emosi dan mampu menarik penonton untuk mengikuti akaun TikTok anda.

    Tetapi jika anda segan atau malu, boleh sahaja buat video tutorial dengan tangan, objek dan sebagainya.

    4. Perkakas dan kelengkapan untuk penggambaran

    Telefon pintar zaman sekarang sudah ada kamera hadapan yang berkualiti. Anda boleh guna iPhone, Pixel dan pelbagai lagi peranti untuk merakam video.

    Pencahayaan juga sangat penting. Anda boleh tambah baik lighting seperti ring light atau soft box. Jika anda shooting di luar atau outdoor, pastikan cahaya matahari tidak terlalu terang atau backlight akan menyebabkan exposure tak cantik.

    Kebanyakan telefon juga punyai mikrofon yang berkualiti, jika anda rakam secara dekat. Jika anda ingin merakam dengan jarak yang lebih jauh, dapatkan mikrofon tanpa wayar atau Bluetooth supaya suara lebih jelas.

    Selain itu juga, tripod untuk memegang segala peralatan adalah sangat penting. Tripod ada pelbagai jenis dari segi harga dan saiz. Terpulang kepada bajet dan kesesuaian anda.

    5. Jadual editorial

    Tiktok mensarankan agar setiap hari sekurang-kurangnya 2 video. Susun jadual supaya anda/team boleh upload secara konsisten. setiap hari.

    Apakah topik utama berkaitan bisnes, produk dan servis anda? Ada masa juga anda boleh yang ikut trend hashtag yang ada dalam tab Discover.

    6. Susun sumber manusia & jadual kerja

    Jika anda one man show, pasti banyak kerja nak buat selain daripada marketing.

    Sama juga jika anda ada team marketing, mereka pun ada pelbagai kerja hakiki yang perlu diberi keutamaan.

    Tak dinafikan, nak menghasilkan video TikTok yang berkualiti perlu memakan masa.

    Kita dan pasukan kita hanya ada 24 jam sehari. Waktu kerja hanya 8 jam sehari maksima. Dari situ perlu susun jadual supaya dapat hasilkan video yang baik.

    Proses normal untuk menghasilkan video:

    • Brainstorm idea
    • Content planning
    • Penyediaan skrip
    • Shooting video
    • Editing
    • Publishing
    • Distribution dan repurpose

    7. Gunakan TikTok Ads

    Buat jika mmg nak tarik audience anda utk jadi lead/customer. Konsepnya sama, gunakan pendekatan brand awareness dan cold audience.

    Elok guna video seperti User Generated Content (UGC) dan ala-ala TikTok dimana formatnya menegak beserta caption (font & background) seperti di edit dalam TikTok.

    Sama macam platform ads lain, kena buat campaign, monitor performance secara berkala.

    8. Jenis Akaun TikTok

    TikTok anda dua jenis akaun.

    • Creator
    • Business account

    Secara default, akaun anda ialah Creator. Anda boleh pilih untuk tukar kepada business account dan anda akan dapat akses kepada analytics yang lebih terperinci.

    Apa kekurangannya?

    Yang jelas ialah dari segi penggunaaan lagu atau commercial sounds

    Akaun bisnes tidak boleh cari lagu-lagu yang sedang trending. Hanya ada commercial sounds sahaja..

    9. Profil yang Lengkap

    Jika video anda masuk FYP, kebiasaannya pengguna akan melawat profil anda untuk mengetahui siapakah pemilik akaun dan apakah video-video yang anda pernah terbitkan.

    Oleh itu sangat penting untuk anda melengkapkan profil dengan logo brand, description, link ke akaun social media, link ke website atau Linktree/Campsite, Q&A, playlist dan sebagainya.

    10. Ukur keberkesanan dan prestasi

    Khas untuk akaun Business, anda boleh guna Tiktok analytics untuk lihat apa video ramai views, apa jadi apa tak. Improvise dari situ.

    Jika anda akses daripada desktop, anda boleh login dan lihat maklumat analytics seperti berikut.

    Jangan lupa setup juga Google Analytics di website anda supaya nampak customer journey mereka.

    Penutup

    Semoga artikel pada kali ini membantu anda untuk membuat keputusan dan merancang content-content yang menarik untuk dikongsikan dalam akaun TikTok bisnes anda.

  • 8 Hasil Kajian Buat Video TikTok Yang Menarik

    8 Hasil Kajian Buat Video TikTok Yang Menarik

    Minggu ini banyak experiment video tiktok.

    Buat untuk company cina.

    Antara cabarannya adalah, bagaimana mahu buat video pendek 1 minit tapi mesejnya sampai.

    So far, ini adalah hasil kajian kami berexperiment video tiktok:

    1. Apabila video itu menunjukkan mesej nilai murni, baik hati, dan semua perkara yang baik, potensi video itu boleh pergi jauh (views banyak).
    2. Dalam video itu mesejnya perlulah simple dan orang boleh relate dengan keadaan semasa.
    3. Jika mesej dalam video itu terlalu deep, orang sukar mahu faham. Kemungkinan video itu tidak boleh pergi jauh.
    4. Video tiktok memfokuskan penggunaan muzik yang trending. Orang boleh search penggunaan muzik dalam video.
    5. Penggunaan bahasa melayu tinggi sangat membantu untuk semua lapisan masyarakat faham tentang video kita.
    6. Video yang mempunyai pengajaran mendapat sambutan lebih baik daripada video lawak.
    7. Penggunaan sarikata sangat penting untuk membuatkan orang tonton video kita sampai habis.
    8. Penggunaan hashtag bisnes kita ibarat seperti kita membuat playlist video.

    Jadi apabila orang baru tengok video kita, followers kita meningkat.

    Cabaran baru adalah menaikkan jumlah followers sehingga 100k dalam tempoh bulan puasa ini.

    Bagi tuan-tuan yang mahu support, boleh tonton hasil kerja di sini.

    May be an image of 4 people and text that says "08:49 Berjaya Mega Motors Ka... 10 Following @teamberjayamega 28.8K Followers 138.9K Likes Message Bike lover Inspirasi Kehidupan untuk Asupan Jiwamu Team BMM bossjames S http://intreberjayamegamotors Ada solution ▷ 41.3K AHA 655.4K 4K 90 ▷ 4080 Tajuk: Bahasa"

    Kredit: Ali Imran Haizad

WhatsApp