Author: Fatin Syazwani

  • Buyer persona: Kenal siapa pelanggan anda

    Buyer persona: Kenal siapa pelanggan anda

    Sebelum kita hasilkan apa-apa produk, terlebih dahulu kita perlu tahu kepada siapa kita ciptakan produk ni. Dalam erti kata lain, anda perlu kenal siapa pelanggan anda.

    Antara soalan yang kita perlu tanya kepada diri sendiri ialah,

    Produk yang dihasilkan ni diciptakan untuk siapa?

    Adakah anda betul kenal siapa pelanggan anda?

    Atau anda hanya assume sahaja berkenaan siapa pelanggan anda?

    Terlebih dahulu, anda perlu kenal dulu siapa pelanggan anda. Jika anda kenal siapa pelanggan anda, maka makin mudah untuk anda menjual kepada mereka.

    Apa yang anda perlu tahu; anda tidak mungkin dapat jual produk kepada semua orang. Apabila anda kenal siapa pelanggan anda, makin mudah untuk anda buat marketing kepada mereka untuk langkah seterusnya.

    Jadi macam mana untuk kenali pelanggan anda?

    Kenal Siapa Pelanggan Anda Melalui Buyer Persona

    Apa itu buyer persona?

    Mungkin ramai yang masih belum tahu berkenaan buyer persona. Buyer persona atau customer persona bermaksud watak ideal bakal pelanggan anda. Selalunya, watak ini bukan sekadar tekaan. Tapi ianya berdasarkan market research dan data dari pelanggan yang terdahulu.

    Buyer persona sangat penting supaya anda dapat memahami perangai bakal pelanggan anda serta membuatkan mereka rasa ‘dekat’ dengan promosi yang anda buat.

    Dengan memerhatikan trend, perangai serta persamaan target audience anda; iklan yang dihasilkan boleh membuatkan bakal pelanggan rasa mereka perlu menggunakan produk yang anda jual.

    Jadi, anda dah nampak kan apa kepentingan mempunyai buyer persona bagi bisnes anda.

    Cara untuk buat iklan yang baik

    Iklan yang baik adalah iklan yang mampu membuatkan bakal pelanggan rasa mereka perlu mendapatkan produk anda.

    Selain itu, iklan yang baik perlu menekankan masalah yang mereka mampu selesaikan supaya bakal pelanggan perlu membeli produk mereka.

    Andainya anda tidak dapat membuatkan pelanggan berada dekat dan relate iklan anda, itu bermaksud anda telah buatkan pelanggan hilang kepercayaan dan minat terhadap apa yang anda cuba tawarkan.

    Justeru, amat penting untuk anda hasilkan first impression yang baik supaya anda dapat tarik bakal pelanggan.

    Apa kepentingan buyer persona?

    Buyer persona sangat penting supaya kita dapat cari jalan penyelesaian untuk membantu bakal pelanggan kita. Tanpa buyer persona, kita tidak tahu content apa yang patut kita hasilkan untuk menarik bakal pelanggan.

    Dalam menghasilkan buyer persona, anda perlu tahu berkenaan siapa yang perlu kita tarik untuk membeli produk yang dijual.

    Kadangkala, terdapat beberapa buyer persona bagi sesuatu produk yang dihasilkan. Dari situ, anda dapat buat content kepada kedua-dua buyer persona supaya mereka dapat relate dengan apa yang anda jual.

    Sebagai contoh, anda menjual pakaian renang wanita.

    Target audience anda ialah seorang perempuan. Namun, anda boleh hasilkan buyer persona lelaki yang mungkin berminat untuk belikan pakaian renang wanita buat anak perempuannya.

    Dari sini, anda dapat dua jenis buyer persona yang perlu anda personalize berdasarkan siapa diri mereka dan apa keperluan mereka membeli produk anda.

    Semakin anda dapat membuatkan mereka relate dengan apa yang anda jual, semakin bertambah kebarangkalian untuk mereka membeli produk anda.

    Cara Untuk Hasilkan Buyer Persona

    Untuk menghasilkan buyer persona, memang memerlukan masa, kesabaran dan strategi. Jadi, anda perlu tanya diri anda terlebih dahulu berkenaan siapa yang akan berminat dengan produk yang anda jual.

    Antara soalan yang anda perlu tahu berkenaan pelanggan anda ialah:

    • apa pekerjaan mereka
    • pekerjaan dalam industri apa
    • kerja sebagai apa
    • tahap pendidikan mereka
    • dimana mereka tinggal
    • masalah yang mereka hadapi setiap hari
    • apa yang membuatkan mereka cari solusi bagi permasalahan mereka
    • soalan yang mungkin mereka akan tanyakan kepada wakil jualan

    Ini cuma soalan asas yang perlu dijawab untuk mengetahui siapa bakal pelanggan.

    Antara cara lain bagi mendapatkan info berkenaan buyer persona ialah dengan menyelidik pelanggan terdahulu.

    Anda boleh dapatkan sebanyak mungkin info pelanggan semasa mereka membuat pembelian dari anda. Dengan cara ini, anda perlu analisis semua siapa pelanggan anda serta kenapa mereka membeli produk anda.

    Selidik Statistik Website Anda

    kenal siapa pelanggan anda

    Di samping itu, anda boleh juga menggunakan website untuk menyelidik siapa sebenarnya bakal pelanggan anda.

    Dengan adanya teknologi pada masa kini, anda dapat melihat pada website analytic berkenaan siapa yang datang ke website anda.

    Dari situ, anda dapat lihat dari mana sebenarnya mereka datang yang membuatkan mereka masuk ke website anda. Anda juga boleh tahu bila mereka melawat website anda serta berapa lama mereka berapa di page tertentu.

    Penting ke semua ni?

    Penting. Data is key. Semakin banyak data yang ada dapat berkenaan audience anda, semakin mudah untuk anda menghasilkan buyer persona dan menghubungkaitkan minat mereka.

    Di samping itu, anda juga boleh gunakan sistem pengurusan ejen The Boss Asia yang turut dapat menyimpan maklumat pelanggan. Dari situ, anda dapat melihat siapa pelanggan yang telah membeli produk anda.

    Sistem ini bukan sahaja dapat menyimpan data pelanggan, ia juga mampu menguruskan komisyen ejen dan dropship bagi memudahkan anda. Jadi, ini adalah investment yang berbaloi bagi memudahkan pengurusan bisnes anda.

    Jika anda mempunyai ejen dan dropship, anda juga boleh bertanyakan mereka berkenaan soalan yang selalu pelanggan tanya kepada mereka.

    Dari situ, anda boleh melakukan penambahbaikan bagi produk atau servis yang anda sediakan. Anda juga dapat melakukan survey dengan meminta para ejen dan dropship untuk berikan link survey kepada pelanggan.

    Dengan cara ini, anda dapat lihat apa yang pelanggan harapkan dari produk anda.

    Kesimpulan

    Dalam bisnes, tiada istilah terlalu banyak info dan data. Kerana info dan data yang anda dapat adalah sesuata yang sangat berguna jika diaplikasikan kena pada tempatnya.

    Oleh itu, sebelum anda merancang untuk menjual sesuatu; pastikan anda tahu dahulu siapa sebenarnya bakal pelanggan anda serta apa yang mereka harapkan dari anda.

    Selamat mencuba!

  • 10 Tips SEO Terbaik 2024 Semua Pemilik Blog & Website Wajib Tahu

    10 Tips SEO Terbaik 2024 Semua Pemilik Blog & Website Wajib Tahu

    Pada artikel kali ini, kami akan huraikan berkenaan 7 tips SEO terbaik 2021. Untuk yang masih keliru, SEO merupakan strategi jangka panjang yang sangat berbaloi untuk diaplikasikan untuk bisnes anda.

    Bagi pembaca yang masih baru di website kami, anda juga boleh membaca artikel terdahulu berkenaan bagaimana SEO dapat membantu bisnes anda.

    Tips SEO Terbaik 2024

    Bagi yang telah tahu berkenaan kepentingan SEO, artikel kali ini akan menghuraikan tentang cara mengaplikasikan SEO di dalam website anda.

    SEO sangat penting kerana majoriti dari pengguna melakukan carian di Google. Dengan mendapat ranking tinggi di website, maka semakin mudah untuk bakal pelanggan mencari servis yang anda tawarkan.

    Disini kami akan senaraikan tips SEO yang anda boleh cuba supaya dapat meningkatkan ranking website di search enjine atau Google.

    Gunakan URL yang pendek

    Antara tips mudah bagi mengoptimalkan SEO adalah dengan menggunakan URL slug yang pendek. Selalunya, URL akan diambil terus dari title / tajuk blog post anda. Namun, antara tips terbaik adalah dengan meringkaskan URL tersebut.

    Jika anda masih mengekalkan URL yang panjang, URL akan mengalami masalah untuk crawl di website anda. Jadi, kami sarankan untuk ringkaskan atau pendekkan URL anda.

    Hal ini demikian kerana URL yang pendek akan lebih mudah ranking di search result Google. Dengan menggunakan URL yang pendek, pengguna juga lebih mudah untuk menulis apa yang mereka cari.

    Selain itu, URL yang pendek juga dapat memudahkan pengguna yang mencari blog anda.

    Sebagai contoh, jika website anda tidak mempunyai breadcrumb; ternyata pencarian pengguna akan menjadi semakin susah. Pengguna akan mengalami masalah untuk mencari page yang sebelumnya.

    Dalam situasi ini, pasti pengguna akan menaip semula URL. Tetapi, tidak mudah untuk mencari page itu semula jika website tersebut mempunyai URL yang panjang dan susah untuk diingati.

    Title Meta Tag

    Tips kedua adalah dengan memperbaiki title tag bagi website anda. Title tag yang padat dan ringkas akan dapat membuatkan pengguna faham berkenaan isi kandungan tajuk yang mereka cari.

    Apa itu title tag?

    Title tag ialah elemen HTML yang merujuk kepada tajuk sesebuah website. Title tag sesebuah page akan ditunjukkan di bahagian search snippet di search engine results page (SERP).

    Untuk pengetahuan anda, title tag juga turut menjadi headline bagi search result dan sangat penting bagi pengguna, SEO dan perkongsian di sosial media.

    Jika anda meletakkan title tag yang sesuai dengan apa yang dicari oleh pengguna, maka lebih mudah untuk pengguna klik masuk ke dalam website anda.

    Tingkatkan kualiti content

    Disamping itu, tips seterusnya adalah dengan meningkatkan kualiti content / konten di dalam website anda. Antara cara untuk meningkatkan kualiti content ialah dengan membandingkan artikel anda dengan artikel di website lain.

    Jika website lain menulis artikel dengan 400 patah perkataan, anda boleh menambahbaik kualiti artikel dengan menulis sehingga 800 perkataan.

    Selain itu, cara lain untuk menambah kualiti konten ialah dengan memasukkan grafik dan video yang sesuai dengan content yang anda tulis. Dengan adanya elemen seperti ini, pengguna pasti tidak mudah berasa bosan.

    tips seo terbaik

    Content yang berkualiti juga dapat membantu anda mendapatkan backlink dari website lain yang mempunyai high-authority. Backlink seperti ini turut dikenali sebagai backlink berkualiti.

    Jika website anda mendapat backlink yang berkualiti, ia bermaksud website anda mempunyai kredibiliti dan dipercayai.

    Semakin banyak backlink berkualiti yang anda terima, semakin tinggi kemungkinan untuk anda rank lebih tinggi di Google.

    Ranking di Google tidak bergantung kepada bilangan patah perkataan semata-mata.

    Jika artikel yang anda tulis hanya 300 patah, ia tetap boleh mengatasi artikel yang punyai lebih 1,000 patah perkataan.

    Caranya dengan mengoptimakan dengan meningkatkan page authority dan domain authority, samada melalui bilangan backlink khas kepada URL artikel tersebut serta signal social dalam bentuk Share, Tweet dan Likes.

    Gunakan keyword dalam URL

    Tips seterusnya ialah dengan menggunakan keyword di dalam URL. URL tersebut mestilah mempunyai sekitar 2 ke 3 keyword yang berkaitan.

    Hal ini demikian kerana URL merupakan antara faktor yang membuatkan search engine memahami isi kandungan page di website tersebut; samada relevan atau tidak dengan carian yang dibuat oleh pengguna.

    Keyword yang diletakkan di dalam URL turut boleh mempengaruhi ranking factor bagi sesebuah website.

    Selain itu, dengan adanya keyword di dalam URL, ianya boleh menjadi faktor tarikan untuk pengguna klik masuk ke dalam website anda. Kes ini selalu terjadi jika URL diletakkan di dalam forum.

    URL yang mempunyai keyword boleh meningkatkan kebarangkalian untuk link di klik, berbanding URL yang tidak menunjukkan keyword.

    Letak nombor di tajuk artikel

    Tips SEO yang ke-5 ialah dengan meletakkan nombor di tajuk artikel.

    Kenapa?

    Kerana dengan meletakkan nombor, pembaca dapat meletakkan jangkaan berapa lama masa yang diambil untuk membaca serta input yang akan diterima.

    Cuma perlu diingatkan, pastikan anda mengubah URL dengan memadam nombor tersebut.

    Sebagai contoh, website kami mempunyai artikel yang bertajuk iaitu 5 Strategi Digital Marketing Anda Perlu Cuba Pada Tahun 2024. Tetapi, link URL dipendekkan menjadi https://dezeek.com/blog/strategi-digital-marketing/

    Kami berbuat demikian supaya kami masih boleh menambahbaik content tersebut pada masa akan datang.

    Dalam masa yang sama, URL artikel tersebut masih boleh digunakan dan masih relevan pada masa akan datang.

    Selain itu, backlink URL dari website lain juga masih boleh digunakan tanpa mengakibatkan broken link.

    Padam artikel yang kurang perform

    Tips ke-6 SEO yang anda boleh gunakan adalah dengan memadam artikel yang kurang perform. Memang macam pelik, kan?

    tips seo terbaik

    Tapi, tips ini berguna supaya Google tidak lagi index artikel tersebut.

    Buat pengetahuan anda, Google sentiasa ingin memberikan content yang fresh, relevan dan bersesuaian dengan apa yang dicari oleh pengguna.

    Jika content di website anda mempunyai kualiti yang rendah, maka website anda akan dilihat sebagai kurang authority (kewibawaan). Jadi, semakin susah untuk website anda ranking di carian Google.

    Betul ke kalau padam artikel akan ada perubahan?

    Ya! Search Engine Journal dapat tingkatkan trafik organic dan pageview sebanyak 60% dengan memadam dan mengemaskini content lama mereka.

    Rajin beri kredit / backlink

    Tips SEO yang terakhir ialah dengan memberikan kredit atau backlink kepada sumber atau penulis asal artikel.

    Dengan memberikan backlink, website anda akan dilihat sebagai sebuah website yang mempunyai integriti.

    Tambahan lagi, Google juga akan mengenalpasti dengan mudah berkenaan website anda.

    Dengan memberikan backlink, ianya menunjukkan bahawa artikel anda turut mempunyai kaitan dengan website yang anda berikan backlink tadi.

    Dapatkan backlink dari website pihak ketiga

    Bukan perkara yang mudah untuk mendapatkan backlink yang berkualiti. Kunci utama ialah pada konten yang berkualiti tinggi akan mendapat perhatian pemilik blog/website lain di luar sana.

    Strategi yang bagus ialah mendapatkan backlink daripada website dengan Domain Authority yang lebih tinggi daripada website anda.

    Proses membina backlink juga mudah untuk dibuat jika anda menyumbang artikel yang berkualiti kepada blog dalam niche serta yang mempunyai audien yang sama dengan anda.

    Bina database anda sendiri mengenai senarai blogger yang anda boleh dapatkan khidmat blog review beserta Domain Authority mereka dan kadar servis mereka.

    Elakkan guna perkhidmatan beli backlink dari Fiverr kerana dikhuatiri backlink tersebut tak bertahan lama dan ada kemungkinan menjejaskan ranking.

    Membina perkaitan antara artikel dengan internal link

    Internal link merupakan perkara yang jarang diberi perhatian jika tidak ada strategi internal link yang bagus.

    Jika anda ada menulis topik dalam sesebuah kategori, maka di sini anda boleh membina pautan pada perkataan di dalam artikel dan ia akan merujuk pada artikel yang seterusnya.

    Proses ini biasanya dibuat secara manual. Tetapi ada juga beberapa plugin WordPress yang boleh automasi proses internal link.

    Mulakan dengan satu artikel dan link kepada artikel satu lagi setiap hari.

    Dari sini anda pasti akan dapat idea, apa topik yang boleh dikembangkan lagi secara terperinci.

    Gunakan 3rd party tools

    Memang banyak kerja untuk mendapatkan hasil yang optimum bagi kerja-kerja SEO.

    Terdapat banyak software atau perisian dalam talian yang anda boleh guna. Ada yang percuma, freemium dan berbayar.

    SEO Copilot for faster indexing – ini merupakan salah satu SEO tools yang boleh digunakan untuk memeriksa apa yang anda boleh buat untuk website anda.

    Kesimpulan

    Kami berharap agar tips yang dihuraikan di atas dapat membantu anda untuk meningkatkan ranking website anda.

    Yang penting, anda perlu ingat bahawa tiada jalan pintas atau shortcut di dalam SEO. Agak menyusahkan, tetapi sangat berbaloi pada masa akan datang.

    Selalunya, SEO akan mengambil masa minimum 6 bulan sebelum anda betul dapat melihat final results.

    Untuk sentiasa stand out di Google, anda perlu sentiasa mempunyai content terkini agar Google dapat mengenalpasti bahawa website anda masih aktif.

    Jika anda merupakan pemilik bisnes yang tidak dapat konsisten untuk melakukan SEO bagi bisnes anda, anda juga boleh mendapatkan khidmat kami di Dezeek Digital.

  • 6 Cara Bagaimana SEO Mampu Membantu Bisnes Anda

    6 Cara Bagaimana SEO Mampu Membantu Bisnes Anda

    Seringkali kami mendapat pertanyaan,

    “Kenapa pemilik bisnes perlukan SEO?
    “Apakah kepentingan SEO kepada perniagaan kami?
    Bagaimana SEO dapat membantu bisnes kami?

    Jadi pada entri kali ini, admin akan menjawab pertanyaan anda. Pastikan anda membaca kepentingan SEO yang akan kami huraikan di bawah.

    SEO Dapat Meningkatkan Traffic Ke Website Anda

    Website Traffic perlukan SEO
    [Kredit]

    SEO (Search Engine Optimisation) ialah langkah yang boleh digunakan untuk menaikkan rangking sesebuah website supaya mendapat kedudukan yang tinggi di dalam enjin carian (search engine) seperti Google, Bing dan Yahoo.

    Bila disebut berkenaan kedudukan tertinggi, pastinya yang dimaksudkan adalah berada pada halaman pertama search engine atau search engine ranking page (SERPs).

    Jika website anda berada pada halaman pertama, maka semakin banyak pendedahan (exposure) yang akan jenama / produk anda terima. Justeru, dapat meningkatkan lagi kebarangkalian untuk bakal pelanggan klik masuk ke website anda.

    Contoh mudah, jika anda mencari review berkenaan sesuatu produk; pastinya anda akan cenderung untuk klik pada website yang berada pada halaman pertama. Kan?

    Jika bakal pelanggan sudah mula klik ke website anda, bermakna anda telah mendapat qualified leads; iaitu bakal pelanggan yang menunjukkan minat terhadap apa yang anda tawarkan.

    SEO Dapat Menarik Lebih Banyak Pelanggan

    Secara asasnya, SEO juga dapat menarik bakal pelanggan untuk membeli produk yang kita tawarkan.

    Bagaimana?

    Cuba anda tulis berkenaan produk yang anda tawarkan dari segi bagaimana ia digunakan dan review bagi produk tersebut. Dengan menggunakan keyword yang betul, pelanggan yang tepat pasti akan dapat mencari produk anda – hanya jika anda menggunakan SEO.

    Untuk pengetahuan anda, SEO tidak sama seperti iklan yang diulang-ulang seperi iklan berbayar (paid advertising). Jika iklan biasa, ia mengiklankan kepada bakal pelanggan walaupun mereka tidak melakukan apa-apa pencarian.

    Tetapi lain pula halnya dengan SEO. SEO hanya akan berfungsi jika bakal pelanggan mencari sesuatu yang berkaitan dengan bisnes atau produk anda.

    Maksudnya disini, peluang untuk mencari pelanggan yang tepat juga akan semakin tinggi jika dibandingkan dengan bisnes yang tidak menggunakan SEO. Hal ini demikian kerana SEO dapat menarik bakal pelanggan yang benar-benar mempunyai minat terhadap produk yang anda tawarkan.

    SEO Dapat Membantu Meningkatkan Nilai Sesuatu Jenama

    Jika anda merupakan pemilik small business yang baru ditubuhkan, mesti anda pernah pertimbangkan jika anda perlukan website bagi jenama anda.

    Sesebuah jenama kelihatan benar-benar wujud dan boleh dipercayai hanya jika mereka mempunyai website. Walaupun jenama tersebut masih baru, tetapi pelanggan dapat melihat bahawa jenama tersebut benar-benar serius dalam membangunkan kredibiliti mereka.

    Apa yang admin dapat katakan, anda tidak perlukan website jika anda mahu kelihatan sama seperti bisnes lain. Tapi anda wajib mempunyai website, jika anda mahu jenama anda berkembang dan dikenali ramai.

    Yang penting, pastikan anda membuat SEO pada website anda supaya jenama anda dapat berada pada halaman pertama dan dikenali ramai.

    Local SEO Dapat Membantu Bisnes Anda Berkembang

    [Kredit]

    Bagi pemilik bisnes yang mempunyai kedai fizikal, sangat rugi jika anda tidak memanfaatkan local SEO. Pada masa sekarang, kebanyakan bakal pelanggan menggunakan gajet untuk mencari produk atau servis yang mereka perlukan.

    Local SEO dapat membantu perniagaan anda berkembang dengan lebih pantas. Dengan menggunakan Local SEO, pelanggan yang tinggal berdekatan boleh terus walk-in ke premis perniagaan anda.

    Di samping itu, review yang ditinggalkan oleh pelanggan terdahulu di Google My Business juga boleh menarik perhatian bakal pelanggan anda untuk turut sama mencuba produk atau servis anda.

    SEO Dapat Meningkatkan Kredibiliti Website

    [Kredit]

    Tahukah anda, sesebuah website perlu mendapatkan authority score yang tinggi untuk memudahkan rank di search engine?

    Apa itu authority score?

    Secara mudahnya, authority score ialah gred bagi menentukan kualiti sesebuah website. Semakin tinggi authority score, semakin mudah untuk website anda berada pada halaman pertama search engine.

    Jika authority score website anda bertambah, maka semakin bertambah juga traffic yang akan masuk ke website anda. SEO yang effective dapat membantu website anda dan juga dapat meningkatkan kredibiliti jenama anda.

    Semakin bertambah authority score, maka semakin bertambah pelawat website anda yang berkemungkinan akan menjadi pelanggan anda.

    SEO Dapat Memberikan Hasil Yang Berterusan

    SEO juga dapat memberikan hasil yang berterusan; tidak seperti promotion material lain yang bersifat sementara. Jadi, adakah bisnes anda perlukan SEO?

    Jawapannya adalah ya.

    Antara kebaikan SEO adalah ia dapat memberikan hasil yang berpanjangan. Tambahan pula, SEO juga semakin bekembang hari demi hari.

    Semakin bertambah masa, semakin ramai yang dapat melihat bisnes dan produk anda pada masa akan datang.

    Website anda juga dapat mengatasi competitor anda dalam jangka masa yang panjang dengan menggunakan SEO. Hanya dengan mepraktikkan SEO pada website anda, visibility website mampu bertahan untuk berbulan atau bertahun lamanya.

    Saksikan video 7 Tips SEO Terbaik 2021

    Kesimpulan

    Setelah baca ulasan admin di atas, admin yakin bahawa anda sangat perlukan SEO bagi website anda.

    Jika anda tidak mempraktikkan SEO pada masa sekarang, lambat laun anda akan sedar bahawa anda masih perlukan SEO pada masa akan datang.

    Namun andai kata anda masih ragu-ragu bagaimana untuk melakukan SEO, jangan risau! Kami di Dezeek Media bersedia untuk membantu menguruskan SEO bagi website anda.

  • 6 SEO Tools Untuk Menaikkan Ranking Website Anda

    6 SEO Tools Untuk Menaikkan Ranking Website Anda

    Sebelum admin terus senaraikan SEO tools yang boleh digunakan untuk menaikkan ranking website, lebih baik untuk admin terangkan dulu pengertian SEO di dalam digital marketing.

    SEO (Search Engine Optimisation) ialah langkah yang boleh digunakan untuk menaikkan rangking sesebuah website supaya mendapat kedudukan yang tinggi di dalam enjin carian (search engine) seperti Google, Bing dan Yahoo.

    Terdapat dua jenis SEO iaitu on-page SEO dan off-page SEO.

    Apa itu on-page SEO dan off-page SEO?

    On-page SEO ialah proses yang dapat dilakukan di website sendiri seperti penulisan blog. Manakala off-page SEO pula ialah tindakan yang dilakukan luar dari website kita sendiri; seperti menulis content di website lain dan meletakkan link kembali (backlink) ke website kita.

    Apa itu SEO tools

    SEO tools ialah software yang digunakan untuk menyemak data di website. Antara data yang ditunjukkan adalah kedudukan kata kunci (keyword), backlink dan strategi pesaing (competitor).

    Terdapat banyak SEO tools yang dapat digunakan. Disini admin cuma akan senaraikan 6 tools terbaik yang anda boleh cuba gunakan.

    1. SE Ranking – Your Ultimate SEO Solution

    SE Ranking merupakan antara SEO tools yang paling mudah digunakan berdasarkan perbandingan yang dibuat oleh admin. Kebanyakan peniaga kecil-kecilan (small business) menggunakan SE Ranking disebabkan ianya direka dengan sangat ringkas (simple) dan mudah difahami.

    Panel SE Ranking dilengkapi dengan Ranking, Analytics and Traffic, Competitors, Marketing Plan, Website Audit, Backlink Monitor dan Social Media. Pada pendapat admin, SE Ranking tergolong dalam kategori Local SEO dimana ianya sesuai untuk bisnes yang mempunyai kedai fizikal.

    SEO Tools SE Ranking

    Jika anda memerlukan SEO tools yang mudah digunakan, SE Ranking merupakan tools yang perlu anda pertimbangkan.

    2. Ahrefs – SEO Tools & Resources To Grow Your Search Traffic

    Rata-rata semua yang berada dalam industri digital marketing mesti pernah dengar berkenaan Ahrefs. Ahrefs merupakan largest website crawlers dan antara SEO tools yang sering digunakan oleh mana-mana agensi digital marketing.

    SEO Tools Ahrefs
    [Kredit]

    Site Audit merupakan ciri (feature) popular yang ditawarkan Ahrefs. Apa yang dilakukan oleh Site Audit adalah dengan mengesyorkan penambahbaikan yang diperlukan oleh website. Hal ini membolehkan website anda rank dengan lebih baik dan cepat di search engine.

    Selain itu, Competitor Analysis juga adalah feature terbaik Ahrefs. Feature ini digunakan untuk mengenalpasti pesaing yang terdekat dalam niche yang sama.

    Apa yang admin dapat rumuskan, Ahrefs adalah antara SEO tools terbaik dan menyeluruh (all-in-one SEO tools); juga sesuai untuk agensi marketing yang mempunyai pengetahuan berkenaan SEO.

    3. Semrush – Online Visibility Management Platform

    Semrush merupakan SEO tools yang dilengkapi dengan feature yang pelbagai. Antara kelainan Semrush adalah ia turut digunakan sebagai Digital Analytics, Paid Search Intelligence, dan Social Media Management.

    SEO Tools Semrush

    Selain itu, antara feature popular Semrush adalah Competitive Research. Feature ini membolehkan anda untuk membuat perbandingan domain antara website anda dan website pesaing anda.

    Apakah kelebihan Competitive Research ni?

    Antara kelebihannya adalah anda, anda boleh terus membuat perbandingan dengan maksimum 5 competitor terdekat anda. Jadi, anda boleh mengetahui dengan lebih jelas, dari mana traffic datang bagi setiap domain.

    4. Squirrly SEO – AI Marketing Tools and EdTech

    Squirrly SEO merupakan antara plugin wordpress yang paling mudah dan sesuai untuk sesiapa yang bukan dalam kalangan pakar SEO. Neil Patel turut menyebut bahawa Squirrly SEO merupakan tools yang lengkap untuk memastikan content dioptimalkan ke tahap yang lebih maksimum.

    SEO Tools Squirrly SEO
    [Kredit]

    Penggunaan Squirrly SEO ternyata lebih mudah disebabkan ia mempunyai Live Assistant. Live Assistant ini membantu penulis untuk menganalisa penulisan anda secara automatik sesuai untuk bacaan (readibility) SEO dan pembaca.

    Pelaksanaan Squirrly SEO ternyata berbeza jika dibandingkan dengan SEO tools yang lain.

    Sebagai contoh, jika anda sedang menulis artikel di Squirrly SEO; paparan Live Assistant akan terus bertukar hijau jika anda memenuhi kriteria yang dikehendaki.

    Jika anda merupakan seorang pemula (beginner) dalam bidang SEO, admin galakkan anda untuk guna Squirrly SEO sebagai permulaan.

    5. Ubersuggest by Neil Patel

    SEO tools yang seterusnya adalah Ubersuggest by Neil Patel. Ubersuggest merupakan antara SEO tools dengan papan pemuka (dashboard) yang sangat ringkas.

    SEO Tools Ubersuggest

    Ubersuggest dikategorikan sebagai content anaytics dimana tools ini lebih memfokuskan ke arah penghasilan content. Panel dashboard bagi Ubersuggest juga hanya merangkumi Keyword Analyzer, Competitive Analysis dan SEO Explorer.

    Pada pendapat admin, Ubersuggest sesuai untuk sesiapa yang mementingkan content. Hal ini disebabkan oleh tools ini yang sangat membantu dari segi cadangan content (content suggestion) dan kata kunci panjang (long-tail keyword).

    Di samping itu, tools ini sesuai untuk sesiapa yang ingin melakukan keyword analysis, backlink atau website analysis secara pantas.

    6. Diib

    Diib merupakan antara SEO tools yang underrated juga sangat mampu milik. Diib berada dalam kategori SEO, Social Media Analytics Tools dan Web Analytics.

    SEO Tools Diib
    [Kredit]

    Antara yang menarik berkenaan Diib ialah ianya menyediakan fungsi tugas harian (daily based task) bagi meningkatkan website growth. Apabila anda telah menyelesaikan tugas yang diberikan, skor website akan semakin meningkat.

    Di samping itu, dashboard Diib sangat user-friendly dan mudah untuk digunakan. Walaupun mempunyai paparan yang ringkas, Diib menggabungkan data dari Facebook, Google Analytics dan Google My Business supaya dapat memberikan cadangan yang lebih berkualiti bagi website anda.

    Berdasarkan pemerhatian admin, walaupun masih ramai yang belum pernah menggunakan Diib; tapi rata-rata pengguna sangat berpuas hati dengan servis SEO yang ditawarkan.

    Kesimpulan

    Admin harap anda semua mencuba SEO tools yang telah disenaraikan di atas. Cuma apa yang anda perlu ingat, pastikan anda memilih SEO tools yang betul sesuai berdasarkan matlamat anda.

    Kenapa?

    Bayangkan jika anda hanya mementingkan kualiti content. Pastinya pilihan SEO tools yang sesuai adalah Squirrly SEO.

    Bagaimana jika anda perlukan semua tools yang ditawarkan, tapi anda tidak tahu cara sebenar penggunaan SEO tools?

    Akhirnya, anda hanya membeli pakej lengkap SEO tools (all-in-one) tanpa menggunakannya disebabkan anda tiada kepakaran dalam bidang SEO.

    Di sinilah Dezeek Media memainkan peranan penting. Kami bukan sahaja dapat menganalisis website anda. Namun, kami juga mampu memberikan strategi SEO terbaik untuk menaikkan ranking website anda dengan harga yang berpatutan.

  • 5 Strategi Digital Marketing Anda Perlu Cuba Pada Tahun 2021

    5 Strategi Digital Marketing Anda Perlu Cuba Pada Tahun 2021

    Bila kita bercakap mengenai strategi digital marketing (pemasaran digital) di Malaysia, maka terlalu banyak strategi yang boleh dilakukan dan akan sentiasa berubah saban tahun. Apa yang perlu kita terima adalah, realiti trend digital marketing pada masa kini yang terlalu cepat berubah. Kadang-kadang, teknik yang digunakan pada tahun sebelumnya sudah tidak menampakkan hasil yang jitu jika diaplikasikan pada tahun-tahun seterusnya.

    Disinilah pentingnya bagi pemilik perniagaan (business owner) untuk sentiasa mengikuti trend terkini bagi memastikan strategi yang digunakan berjaya justeru dapat membantu anda untuk melihat kemana hala tuju bisnes anda pada masa akan datang.

    Bagi membantu anda mengetahui strategi digital marketing 2021, kami di Dezeek telah menyenaraikan beberapa strategi yang sesuai untuk diaplikasikan pada tahun 2021.

    1. Tingkatkan Penggunaan Sosial Media

    Strategi Digital Marketing Yang Terbaik Pada 2021
    [Kredit foto]

    Seperti tahun sebelumnya, penggunaan sosial media sangat memainkan peranan penting bagi setiap bisnes di Malaysia. Tambahan pula dengan situasi pandemik Covid-19, kebanyakan waktu akan dihabiskan dengan kegiatan yang dilakukan secara dalam talian (online). Pemilik perniagaan seharusnya mengambil kesempatan untuk sentiasa menunjukkan kewujudan bisnes melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram.

    Antara strategi yang boleh dilakukan oleh business owner adalah dengan memaparkan berkenaan produk yang dijual, testimoni pelanggan, kajian yang telah dilakukan terhadap produk yang dijual serta nilai (value) dan budaya di tempat kerja.

    Untuk memastikan penggunaan sosial media yang konsisten, antara cara yang boleh dilakukan oleh business owner ialah dengan merangka jadual berkenaan posting yang akan dikongsikan di media sosial setiap hari.

    2. Bekerjasama dengan micro-influencer

    Adakah business owner perlu bekerjasama dengan micro-influencer? Ya, semestinya. Untuk mendapatkan pengikut (followers) dengan lebih cepat, kolaborasi dengan micro-influencer adalah cara yang lebih mudah. Hal ini demikian kerana micro-influencer telah mempunyai followers sedia ada dan dapat meyakinkan bakal pelanggan dengan lebih mudah. Perlu diingatkan disini, jumlah followers tidak semestinya memainkan peranan utama di dalam pemilihan influencer. Tetapi apa yang perlu diutamakan adalah target audience atau siapa bakal pelanggan anda.

    Sebagai contoh, antara micro-influencer bagi niche kecantikan adalah Iman Abdul Rahim . Mungkin masih ada yang belum kenal, tapi cuba tanyakan siapa Iman Abdul Rahim pada mereka yang minat berkenaan penjagaan kulit. 90% akan kenal siapa beliau. Disinilah influencer memainkan peranan dengan mempromosikan sesuatu yang ditawarkan kepada followers yang mempunyai kecenderungan minat dengan produk yang ditawarkan.

    3. Video adalah strategi digital marketing terkini

    [Kredit foto]

    Dengan kewujudan Instagram reels, admin tidak dapat nafikan bahawa video sudah menjadi strategi utama digital marketing bagi tahun 2021. Orang ramai lebih mudah mengakses video pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya dengan kewudujan Tik Tok dan Instagram Reels.

    Berdasarkan kajian di Hootsuite; semakin ramai audience yang melihat Reels anda, semakin bertambah peluang anda untuk mempunyai followers baru. Admin sendiri setuju dengan kajian tersebut, sebab admin juga lebih banyak follow akaun baru selepas melihat Reels. Jadi, apa sebab anda untuk tidak gunakan Instagram Reels sebagai strategi seterusnya?

    4. Penggunaan Google My Business dan Local SEO

    Mungkin ada bisnes owner yang belum memanfaatkan sepenuhnya Google My Business. Jika anda mempunyai perniagaan sendiri yang memerlukan pelanggan ke kedai, anda wajib meletakkan servis anda di Google.

    Untuk yang masih belum tahu apa itu Google My Business; Google My Business ialah tools percuma yang digunakan untuk menunjukkan kewujudan sesuatu bisnes di Google termasuk Search dan Maps. Anda boleh meletakkan nama bisnes dan servis, lokasi, nombor telefon dan masa operasi supaya senang untuk pelanggan mencari servis anda. Selain itu, anda juga boleh dapatkan review dari pelanggan yang telah menggunakan servis anda. Hal ini membolehkan bakal pelanggan melihat rating servis yang telah diberikan pelanggan terdahulu bagi meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan terhadap servis anda.

    5. Facebook Shop dan Instagram Shop

    Facebook telah memperkenalkan fungsi Facebook Shop pada tahun 2020.

    Penggunaan feature Shop menjadi lebih mudah kerana pelanggan terus dapat melihat semua item berserta harga di Shop. Kewujudan Facebook Shop dan Instagram Shop memudahkan business owner jika anda mempunyai website sendiri.

    Kenapa?

    Sebab anda dapat menarik pelanggan dari Facebook dan Instagram terus masuk ke website anda. Bagi pengguna Facebook Pixel, ini adalah satu bonus kerana dapat melakukan teknik remarketing pada masa akan datang.

    Tapi, macam mana kalau ada business owner yang tidak ada website? Jangan risau, anda masih boleh menggunakan feature Facebook Shop jika tidak mempunyai website. Caranya, pastikan anda memilih checkout method ‘Checkout with messaging’ semasa install Facebook Shop. Dengan ini, jika pelanggan klik pada tag product, pelanggan akan terus ke aplikasi messenger atau WhatsApp anda.

    Kesimpulan

    Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menggunakan teknik atau strategi digital marketing yang telah kami terangkan di atas. Strategi ini merupakan antara strategi digital marketing yang terbukti berkesan pada tahun 2021 di Malaysia. Selamat mencuba!

WhatsApp