Bayangkan anda seorang pemilik ecommerce di Malaysia. Anda bangun pagi, membuka Google Analytics, dan mendapati bahawa jumlah trafik ke ecommerce anda semakin menurun. Data jualan beberapa hari juga mula menurun dan anda tidak tahu apa puncanya. Anda mula bertanya :
“Apa yang aku buat salah?”
Ada yang sedang melancong ke Hatyai atau sedang menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga juga boleh terganggu dengan penurunan trafik di Google Analytics dan data jualan dari dashboard sales.
E-commerce atau e-dagang ialah proses jual beli di media elektronik. Ianya merupakan hasil percambahan teknologi masa kini yang membolehkan ramai usahawan meluaskan empayar bisnes mereka. Seiring dengan peredaran waktu, proses jual beli kini boleh dilakukan di hujung jari menerusi laman e-commerce seperti Shopify, Woocommerce dan banyak lagi.
Ini adalah 10 trend terbaru dalam dunia e-commerce khususnya di Malaysia yang anda perlu tahu.
TikTok merupakan platform media sosial yang sedang hangat digunakan pada masa kini. Durasi video yang pendek menyebabkan masyarakat gemar meluangkan masa di TikTok. Tahukah anda, secara purata, pengguna TikTok meluangkan masa selama 89 minit sehari di platform ini. Jadi, sebagai pengusaha bisnes, ambillah peluang ini untuk mempromosikan bisnes anda. Jika digunakan sebaiknya, anda pasti dapat meningkatkan jualan dan prestasi bisnes anda.
Artikel ini akan berkongsi beberapa idea content TikTok untuk bisnes anda.
Hari ini terdapat pelbagai medium untuk pemilik bisnes atas talian memaksimumkan keuntungan. Daripada membalas satu persatu pertanyaan pelanggan, anda sekarang boleh memudahkan lagi pengalaman membeli dengan mengautomasikan bisnes online anda.
Terdapat pelbagai platform untuk anda mengautomasikan bisnes seperti wasep.me dan Yezza. Tetapi mana satu yang terbaik dan akan menjadi pilihan anda?
Jangan risau kerana dalam entri kali ini saya akan membuat perbandingan antara kedua-dua sistem ini. Teruskan membaca.
Apa itu Wasep.me?
Wasep.me merupakan sebuah sistem yang mempunyai tujuan untuk membantu anda mengelak masalah maklumat pelanggan yang berterabur atau hilang di Whatsapp. Sistem wasep.me dapat menjimatkan masa anda dengan menyediakan kedai online dilengkapi dengan maklumat jualan, jumlah stok, serta sistem pembayaran. Dengan ini, pelanggan dapat membuat pesanan tanpa perlu bertanya soalan berulang-kali.
Wasep.me dibangunkan oleh Digital Adage Sdn Bhd.
Apa itu Yezza?
Yezza pula merupakan whatsapp storefront yang boleh digunakan pemilik bisnes di luar sana. Dengan menjanjikan lebih dari 20 cara pembayaran, pelanggan lebih mudah membuat pilihan dan meneruskan pembelian.
Yezza dibangunkan oleh Yezza Tech Sdn Bhd.
Perbandingan Wasep.me vs Yezza
Untuk memudahkan pembaca, saya akan membuat perbandingan mengikut tier harga.
Pelan Percuma
Features
wasep.me Startup
Yezza Start
Yuran bulanan
RM 0
RM 50 (Percuma trial)
Order form
–
3
Bilangan produk
10
Bilangan admin
–
3
Pelan Premium
Untuk wasep.me, terdapat 2 pelan berbayar sementara Yezza hanya mempunyai 1 pelan berbayar.
OFeatures
wasep.me Premium
Yezza Growth
wasep.me Platinum
Yuran Bulanan
RM 45
RM 197
RM 99
Order Form
–
10
–
Bilangan produk
1000
–
Tiada had
Nombor Whatsapp (Sales team)
5 nombor
Tiada had
Tiada had
Kaedah bayaran
Tunai, pemindahan bank, toyyib Pay
e-Wallet, Kad Kredit dan Debit, FPX
Tunai, pemindahan bank, toyyib Pay
Penghantaran
LALAMOVE, Easyparcel, Delyva
EasyParcel & Yezza Shipping (direct)
LALAMOVE, Easyparcel, Delyva
Domain
Subdomain dan custom domain
Subdomain dan custom domain
Subdomain dan custom domain
Sistem ejen
Sistem Dropship
Komisen mengikut tier
Sistem Dropship
SMS
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Diskaun langganan
10% diskaun untuk langganan 6 bulan, percuma 2 bulan untuk langganan setahun
15% diskaun tahunan
10% diskaun untuk langganan 6 bulan, percuma 2 bulan untuk langganan setahun
Keputusan
Kedua-dua sistem automasi mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Jika anda baru berkecimpung dalam dunia e-commerce, anda boleh mencuba wasep.me secara percuma yang memberi fungsi asas.
Jika anda telah menjana pendapatan yang steady anda lebih disarankan menggunakan Yezza Growth untuk fungsi Order form dan follow up yang pasti menjimatkan masa.
Info lanjut
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di website rasmi wasep.me & Yezza.
Anda dah bersedia nak automasikan jualan melalui online. Tetapi tidak pasti nak gunakan platform apa.
Selama ini anda cuma guna Whatsapp untuk dapatkan jualan. Bila ada sistem yang menjanjikan jualan ataupun leads dengan lebih pantas, anda terpaksa buat pilihan.
Jangan risau. Dalam entri kali ini, kami akan senaraikan perbandingan yang jujur, adil dan sentiasa dikemaskini antara Orderla vs Yezza.
Tujuannya untuk membantu anda buat pilihan yang sesuai dengan objektif dan keperluan perniagaan anda.
Apa itu Orderla.my?
Menurut website rasmi, Orderla “Membantu anda membina order page yang boleh dihantar melalui WhatsApp.”
Sekali imbas, nampak kedua-dua hampir sama. Tapi apakah perbezaannya?
Kami senaraikan ciri-ciri utama dengan perbezaan yang ketara dari segi data.
Untuk mudahkan paparan, kami pecahkan mengikut tier harga.
Pelan Percuma / Freemium
Features
Orderla Basic
Yezza Start
Yuran bulanan
RM 0
RM 50 (percuma trial)
Order Form
3
3
Bilangan produk
15
Bilangan admin
1
3
Pelan Premium
Features
Orderla Pro
Yezza Growth
Yuran bulanan
RM 100
RM 197
Order Form
30
10
Bilangan produk
2,000
Bilangan admin
5
10
Nombor Whatsapp (Sales team)
500
Tiada had
Inventori & order
Dalaman
Boleh integrasi dengan Woocommerce, Shopify
Penghantaran
EasyParcel, Delyva
EasyParcel & Yezza Shipping (direct)
Domain
Subdomain
Subdomain & custom domain
Sistem ejen
–
Komisen mengikut tier
SMS
SMSniaga
Tersedia
Integrasi API
Zapier, Integromat
–
Addon pakej
Tidak
Boleh
Keputusan
Tak dinafikan setiap platform mempunyai kelebihan masing-masing. Jika anda masih baru dalam bidang ecommerce, anda boleh gunakan Orderla secara percuma dengan fungsi asas.
Jika anda memang sudah menjana jualan 5 angka setiap bulan, anda boleh guna Yezza Growth untuk lebih automasi terutamanya berkenaan fungsi follow up yang pasti menjimatkan masa dan tenaga.
Info lanjut
Anda boleh dapatkan di website rasmi Yezza & Orderla
Live selling ataupun jualan semasa membuat sesi ‘Live’ di Facebook atau Instagram kini semakin popular sejak pandemik Covid-19.
Mari kita lihat apa kelebihan Shopline bagi pemula dalam bidang ecommerce.
Theme
Terdapat pelbagai theme yang boleh dipilih tanpa perlu menulis code. Boleh drag & drop dan upload gambar untuk banner dan pelbagai lagi.
Integrasi Live selling
Semasa anda sedang buat live samada di Facebook atau Instagram, jika ada penonton yang menulis komen dengan perkataan tertentu seperti ‘NAK’ atau ‘PM’ (anda boleh tentukan), sistem Shopline boleh bantu terus hantar mesej PM kepada penonton tersebut.
SEO
Search Engine Optimization boleh ditetapkan dalam home, page dan product page. Anda juga boleh menulis artikel blog untuk berkongsi kepakaran anda berkaitan produk yang dijual.
Conversion tracking
Jika buat iklan samada Facebook atau Google Ads, anda pasti ingin data conversion dicatat. Shopline membolehkan event tracking supaya nilai jualan dapat dilihat terus dari sistem iklan pilihan anda.
App Store Denga Pelbagai App Percuma!
Untuk menambah baik fungsi kedai ecommerce anda, anda boleh pasang pelbagai modul atau app secara percuma. Tak perlu bayaran secara bulanan.
Ini adalah senarai app yang anda wajib pasang!
Mailchimp
Simpan database dan gunakan email untuk menyampaikan promosi dan berita terbaru kepada pelanggan anda. Sistem Mailchimp percuma untuk 2,000 contacts.
Instagram Feed
Jika anda mempunyai followers yang ramai di Instagram, anda boleh masukkan gambar dari akaun Instagram anda ke dalam website.
Affiliate
Dengan sistem affiliate, pelanggan anda akan diberi ganjaran atau insentif tunai dengan setiap transaksi yang berjaya.
Members Reward
Untuk mengekalkan pelanggan sedia ada, anda boleh beri mata ganjaran untuk setiap kali pembelian.
Harga
Berikut ialah harga langganan bagi sistem ecommerce Shopline. Ianya sangat berpatutan lebih-lebih lagi apabila anda tidak perlu membayar setiap bulan untuk app tambahan.
Jika anda mendapatkan pakej Essential, anda hanya perlu membayar $69 sebulan, lebih kurang RM300 sebulan.
Bisnes E-Commerce atau perniagaan atas talian kini bagaikan cendawan tumbuh apabila ramai peniaga mula menceburi bidang perniagaan ini. Terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Berkurung (PKP) yang bermula pada tahun lepas yang mana ramai peniaga kini beralih kepada bisnes online sebagai satu alternatif untuk memastikan jualan produk mereka kekal beroperasi.
Nak mulakan bisnes online ini nampak macam mudah tetapi sebenarnya ada banyak perkara yang anda perlu tahu untuk memastikan operasi bisnes anda berjalan dengan baik dan lancar. Selain daripada perlu mempunyai strategi pemasaran yang baik, anda juga perlu memilih perkhidmatan kurier yang terbaik untuk memudahkan anda untuk pos barang anda kepada pelanggan.
Jadi kami ingin kongsikan 5 perkara yang anda perlu tahu sebelum memilih perkhidmatan kurier di Malaysia. Semoga bermanfaat!
Khidmat penghantaran barangan yang pantas
Nak tahu apa yang paling penting untuk pelanggan anda apabila mereka beli barang daripada anda? Semestinya pelanggan anda nak barang mereka sampai dengan cepat. Kelajuan penghantaran sememangnya adalah satu ciri yang anda perlu ambil kira apabila memilih perkhidmatan kurier.
Pastikan anda memilih perkhidmatan kurier yang menawarkan servis perkhidmatan yang pantas dan dapat memenuhi jangkaan permintaan anda dan pelanggan anda.
Kalau pelanggan anda nak barang mereka sampai dengan cepat atau pada keesokan hari, anda juga boleh memilih perkhidmatan on demand delivery. Apa yang penting anda kena lihat terlebih dahulu servis yang ditawarkan agar sesuai dengan permintaan pelanggan anda.
Lihat servis yang ditawarkan
Jika anda Google ‘Courier service in Malaysia’, anda akan mendapati bahawa terdapat banyak perkhidmatan kurier yang menawarkan pelbagai jenis servis penghantaran untuk pelanggan mereka.
Tapi yang penting, anda kena pastikan anda memilih perkhidmatan kurier yang tepat dan padan dengan keperluan penghantaran anda. Adakah anda menghantar barangan atau bungkusan yang banyak setiap bulan, adakah anda memilih untuk drop off bungkusan ataupun anda memilih untuk servis pickup?
Semua ini memainkan peranan dalam membantu anda memilih kurier yang terbaik.
Jika anda nak pos barang ke luar negara, anda juga perlu memilih perkhidmatan kurier yang boleh membantu anda pos barang dengan cepat, tepat dan yang paling penting, mestilah mudah!
Tempat atau lokasi pengeposan yang mudah
Terdapat sebilangan peniaga online yang lebih gemar untuk drop off bungkusan mereka di pejabat pos ataupun di mana-mana pusat serahan barang.
Kalau anda salah seorang daripadanya, penting untuk anda pilih lokasi atau tempat pengeposan yang mudah dan dekat dengan rumah anda. Mudahlah anda nak drop off dan bawa bungkusan anda.
Untuk tujuan pengeposan barang, kebanyakan perkhidmatan kurier memberikan anda pilihan sama anda untuk mendaftar pesanan pos barang anda secara online, atau melalui app. Ada juga kurier yang memerlukan anda untuk cetak airway bill dan anda hanya perlu tampal pada bungkusan.
Jadi, bagi anda yang baru sahaja memulakan perniagaan online atau mereka yang memulakan bisnes daripada rumah, lokasi turut memainkan peranan.
Sistem tracking barang yang mudah
Lepas dah pos barang kepada pelanggan, peniaga bukan terus senyap macam itu sahaja. Peniaga perlulah beri tracking ID kepada pelanggan untuk pelanggan jejak barang mereka.
Ini akan menjadi lebih mudah apabila anda menggunakan perkhidmatan kurier yang mempunyai sistem jejakan yang tepat bagi membolehkan pelanggan mengetahui dimana keberadaan barang mereka. Kalau tidak, pasti pelanggan anda asyik tertanya-tanya dekat mana barang mereka berada.
Sekarang pun sudah mudah. Anda hanya perlu copy paste sahaja tracking ID beserta dengan laman web tracking tersebut. Jadi pilihlah kurier yang mempunyai sistem tracking yang telus dan tepat.
Sesuai dengan bajet anda
Bagi peniaga yang dah lama memulakan perniagaan, mungkin anda tidak ada masalah untuk keluarkan sedikit bajet untuk memilih perkhidmatan kurier yang baik. Tetapi bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak nak mulakan bisnes online, kos penghantaran mungkin menjadi satu faktor yang anda perlu ambil kira kerana setiap kurier mempunyai kos penghantaran yang berbeza-beza mengikut berat bungkusan dan kawasan liputan penghantaran.
Untuk tahu perkhidmatan kurier yang mana sesuai dengan bajet anda, apa yang anda boleh lakukan adalah bandingkan harga yang ditawarkan oleh perkhidmatan kurier terlebih dahulu dan pilihlah yang mana paling sesuai dengan bajet anda dan yang paling jimat.
Penutup
Inilah antara 5 perkara yang anda perlu tahu sebelum memilih perkhidmatan kurier untuk bisnes online anda. Semoga perkongsian kali ini membantu anda memilih kurier terbaik untuk perniagaan anda. Selamat maju jaya
[BONUS] Nak dapatkan perkhidmatan kurier yang pantas lagi menjimatkan?
Anda kena cuba Ninja Pack! Sampul pos prabayar Ninja Pack memang memudahkan para peniaga online untuk pos barang tanpa perlu beratur lama dan menjimatkan masa. Anda hanya perlu pack barang anda dengan Ninja Pack, buat order online dan drop off sahaja. Tidak perlu dah beratur panjang atau uruskan bungkusan anda di pejabat pos.
Kenapa anda perlu dapatkan Ninja Pack?
Dengan harga bermula daripada RM5.60 termasuk dengan kadar penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, ini sebab kenapa anda perlu dapatkan Ninja Pack untuk pos barang anda.
Penghantaran pantas dari masa 1 hingga 3 hari bekerja.
Tiada had berat.
Tiada cas tersembunyi (harga termasuk dengan kos penghantaran)
Tiada kontrak. Hanya perlu beli Ninja Pack di laman web Ninja Pack dan buat pesanan secara online di Ninja Dashboard
Tak perlu lagi beratur lama! Drop off sahaja barang anda di mana-mana 4000 lebih cawangan Ninja Point.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Ninja Pack dari Ninja Van Malaysia untuk mencuba sendiri Ninja Pack dan rasai pengalaman penghantaran yang berbeza untuk perniagaan anda.